Dec 29, 2013

SANGKAN PARANING DUMADI: HARTA KARUN NUSANTARA

SANGKAN PARANING DUMADI: HARTA KARUN NUSANTARA: 4 MISTERI KEJAYAAN INDONESIA Saat ini, negeri kita Indonesia dianggap sebagai bangsa yang belum makmur,taraf kesejahteraan wargan...

Nov 18, 2013

EMAS DAN BERLIAN SEBAGAI SIMBOL KEKUASAAN KERAJAAN

EMAS DAN BERLIAN SEBAGAI SIMBOL KEKUASAAN KERAJAAN

Nota Penulis : Hehehe, anda semua dok bercerita tentang harta raja-raja Melayu. Kami dah sampai peringkat mengeluarkannya dengan kunci-kunci yang membuka semua kod-kod rahsia harta permata dan emas di Tanah Melayu ini. Selebihnya menjadi rahsia, anda baca sahajalah blog ini dan ikuti perkembangannya.
1. Setiap pemimpin atau penguasa sesuatu tamadun sentiasa mengaitkan emas dan berlian serta batu permata lain seperti delima, zamrud atau nilam sebagai simbol kekuasaannya.
2. Batu-batu bernilai ini diletakkan di alatan kebesaran atau perang seperti mahkota, cokmar, pedang, keris dan juga di makam-makam.
3. Di era penjajahan British, sebenarnya persahabatan antara Raja-Raja Melayu dan Raja/Ratu British bukanlah hanya atas dasar tanah jajahan dan tuan penjajahnya sahaja.
4. British banyak menyumbang kepada perkembangan Negara dan tidak dinafikan tinggalan bersifat negatifnya juga ada yang boleh kita kaji dan timbang sendiri.
5. Walaupun pada dasarnya, British menjajah dan menjarah hasil bumi kita tetapi terdapat juga kenangan atau cenderahati (‘gift’) berharga yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu.
6. Walaupun hampir semua ‘gift’ ini hilang, disorokkan atau dirampas-kembali oleh agen British (mungkin dengan atau tanpa arahan Istana British) tetapi yang berhak tetap mendapat haknya kembali.
7. Antara ‘gift’ yang paling berharga adalah ‘Berlian 3 Beradik’ dan dipercayai dihadiahkan oleh Queen Victoria semasa era pemerintahannya kepada Raja-Raja Melayu.
8. Kemungkinan besar ianya sekitar era akhir pemerintahan Baginda Ratu (memerintah dari 1837 hingga 1876) dan di waktu itu, Sultan yang memerintah Selangor adalah Almarhum Sultan Abdul Samad (memerintah dari 1857 – 1898).
9. Berlian 3 Beradik ini merupakan berlian berpotongan sempurna dengan sulungnya berwarna kuning (yellow diamond) dengan berat sekitar 220 gram (1,100 carat), berlian kedua berwarna ungu-merah jambu (purple-pink diamond) dengan berat sekitar 200 gram (1,000 carat) dan yang ketiga, berlian jernih (colourless) yang beratnya kurang sedikit dari 200 gram.
10.Harga semasanya memanglah di luar kemampuan ramai tetapi secara moralnya ia tidak mempunyai harga pasaran kerana ia tidak ‘layak’ untuk didagangkan dengan wang ringgit atas sifat nilai kedaulatannya dan juga atas sifat persahabataan.
11.Semua berlian ini tertanam di lokasi yang khusus atas tujuan juga khusus yang tidak perlu diulaskan di sini.
12.Dengan limpah kurnia-Nya, In shaa Allah kesemua berlian ini akan kembali menaiki singgahsana Negara untuk menjadi barangan kebesaran Di Raja sedikit masa lagi apabila pemilik sementara barunya yang berjaya mengaturkan penzahiran berlian ini keluar dari persembunyiannya menyembahkan berlian-berlian ini ke Istana Negara (Persekutuan), sesuai dengan wasiat tak kala ianya dikeluarkan.
13.Marilah kita sama-sama mengamati keindahan warisan Negara ini iaitu jujukan foto satu dari tiga beradik yang dinyatakan di atas dan serta bersama mensyukuri nikmat-Nya kerana permata yang hampir satu setengah abad ini terbenam dapat muncul kembali untuk tatapan kita semua dengan kebesaran mukjizat yang diturunkan kepada umat Muhammad SAW (Al-Quran).
14.Moga tiga beradik ini terus diperagakan sebagai simbol persahabatan kita dengan monarki British dahulu (walaupun ketika itu dalam konteks yang berbeda).
15.Jika tiada halangan, satu rencana ringkas berserta foto-foto yang lebih tajam akan digarapkan bagi mendokumenkan keseluruhan peristiwa ini untuk tatapan generasi akan datang bersama banyak lagi rahsia-rahsia terpendam Negara yang tidak ternilai harganya…
berlian2
berlian1
berlian04
berlian06
berlian06
berlian.03Apakah rahsia-rahsia itu…? Tunggu…! Sabarlah menanti wahai teman-teman sekalian….

EMAS DAN KEBANGKITAN NUSANTARA


EMAS DAN KEBANGKITAN NUSANTARA



Penulis : Ini artikel dari sifu saya dalam bidang ekonomi akhir zaman dan harta karun yang saya gelarkan, “Master Planner”, kang letak nama betul, kantoi pulak. Untuk bulan ini kita fokus kepada alam Melayu, malas nak buat cerita militari, nanti orang gaduh pasal demam politik tidak turun lagi suhunya.
Saya harap para pembaca akan dapat membuka minda, artikel ini membatalkan banyak teori yang berlegar di dalam internet. Ini bukan teori, ini realiti dan ada segelintir rakyat Malaysia (Melayu Islam) yang terbabit dalam membantu negara, bangsa dan agama untuk peperangan sulit melawan Iluminati ini.
1. Ramai dari kita telah menonton malah berkali-kali epic bersiri Indiana Jones oleh George Lucas yang mengisahkan seorang ahli kajipurba bernama Dr. Henry Walton “Indiana” Jones, Jr yang tak ada kerja lain selain memburu harta karun.
2. Orang yahudi seperti George Lucas ini pandai bermain sentimen kerana dengan membuat cerita-cerita berkenaan, ia seolah-olah mengesahkan bahawa harta karun ini adalah milik mereka berdasarkan sejarah Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
3. Raja-raja Eropah tahu perihal Nusantara ini setelah diberitahu oleh kumpulan rahsia ahli sihir penyembah Iblis mereka kerana gurunya, Dajjal The AntiChrist telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka walhal di kala itu dokumentasi yang boleh dirujuk hanyalah terhad kepada manuskrip mitos Nusantara kuno yang tersimpan di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Elexandria Library), Mesir.
4. Maka dengan itu, berlumbalah kaum penjajah Eropah beserta bala tenteranya ini ke Nusantara dan kita terjajahlah bermula dari kejatuhan Melaka di tahun 1511 kepada bangsa Portugis, kemudiannya Belanda (bermula 1641), kemudian Inggeris (dari 1824) sehingga kekalahannya kepada Jepun (Disember 1941) dan bermulalah pentadbiran ketenteraan Jepun secara rasmi (15 Febuari 1942 hingga 12 September 1945 – kekalahannya dalam WW2).
5. Juga dari hasil kajian dan pemerhatian kepada wahyu Allah SWT dan hadis-hadis Rasullulah SAW, berjayalah kaum penjajah ini menjumpai Negara kita – Negara yang kaya dengan galian ‘EMAS’nya. Sila ikuti entri berkaitan Tanah Ophir di blog ini (AKAN DATANG SHAHPASKAL TULIS)
CERITA BARU EMAS PERANG TANAH MELAYU
6. Harta karun EMAS yang selalunya dirujuk kepada emas fizikal yang telah dimasak dan dibentukkan sama ada kepada barangan siap (cincin, loket, rantai dan seumpamanya) atau separuh siap (jongkong atau bar) tetapi telah terbenam ke dalam bumi untuk kesekian lamanya.
7. Banyak juga mengistilahkan harta karun ini kepada harta alam bunian – tetapi hal ini sukar dibuktikan secara lahiriah.
8. Hampir keseluruhan fenomena harta karun berkait rapat dengan kewujudan elemen ketenteraan atau peperangan sama ada pergaduhan dalam keluarga seperti perebutan takhta, antara puak/kaum, negara atau blok pakatan ketenteraan.
9. Akta Warisan Kebangsaan 2005 hanya menyebut…”harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran,barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara;
10.Malaysia adalah satu dari bumi yang panas dengan konflik perebutan antara pelbagai Negara kerana kekayaannya seperti dinyatakan dalam tanah Ophir nanti dan pastinya banyak timbunan harta karun ini.
11.Terdapat 3 era harta karun ini iaitu era pertama – sebelum Revolusi Perindustrian (sebelum 1750), era kedua – bermulanya Revolusi Perindustrian (1760) sehingga Perang Dunia Pertama (WW1) dan era ketiga – WW2 (1920an – 1845).
EMAS ERA PERTAMA
12.Era pertama, harta karun kebanyakannya barangan siap yang merupai patung-patung atau artifak, syiling dan ketulan-ketulan emas tidak seragam dan kebanyakannya terdampar di dasar laut akibat kapal pengangkutnya karam.
13.Era ini lebih merujuk kepada era emas digunakan hanya sebagai logam konvensional yang berharga untuk dibuat hiasan, barang pemujaan, bahan-sadur kubah stupa dan kuil/tokong dan juga matawang.
ERA EMAS KEDUA
14.Era kedua lebih merupakan ketulan emas yang dijongkongkan dengan tujuan untuk dibawa pulang ke Eropah untuk kegunaan rezab matawang dan industri, di masa ini juga (tahun 1776) , Illuminati dilahirkan oleh Adam Weishaupt di Ingolstadt (Upper Bavaria), Germany iaitu bandar industri yang mana bandarnya terkenal dengan jenama kereta Audi dan jirannya, BMW.
15.Walaupun dunia mengetahui tentang Protocol of Zion dan kerap dinafikan, elok bagi kita mengetahui bahawa Protokol ke-22 jelas mengatakan bahawa kekuasaan mutlak terhadap emas adalah kunci kepada kawalan ekonomi dunia (sILA SEMAK)
16.Bagi Tanah Melayu, emas dan perak (sejarah Negeri Perak…?) serta timah amat-amat diperlukan Inggeris untuk membangunkan negeri asal penjajah – terutama bagi menyahut keperluan industri yang baru meletup dengan bermulanya Revolusi Perindustrian (1760) serta penyusunan dan pembangunan semula bandaraya London untuk menjadi hub perniagaan selepas hampir sepenuhnya diranapkan oleh kebakaran besar pada 1666 (dikenali Great Fire of London).
17.Penjarahan harta Nusantara oleh Inggeris ini mesti dilakukan dengan drastik dan Belanda waktu itu, menyorak Inggeris kerana Great London Fire ini dikatakan lebih kepada hukum karma pembalasan atas kekejaman Inggeris membakar bandar di Belanda (Holmes’s Bonfire) ketika Perang Anglo-Belanda Kedua tetapi dua negara ini berdamai untuk menyaingi Portugis yang akhirnya bersetuju, Belanda menjajah Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu.
18.Berlanjutan di Tanah Melayu, Inggeris berjaya mengambil-alih Tanah Melayu dari Belanda dan Inggeris mula membawa teknologi perlombongan arang batu dan timah secara terowong dan shaf di Selatan Wales ke Tanah Melayu dengan tujuan mengekstrak emas, perak dan timah secara besar-besaran selain lombong terbuka kering dan basah (kapal korek khusus untuk timah).
19.Maka, berjayalah Inggeris menjarah harta kekayaan emas di Tanah Melayu sedangkan Belanda gagal kerana ‘keliatan’ bangsa Melayu, disebabkan Belanda datang dengan misi ekonomi bercampur penyebaran agama mereka tetapi Inggeris tidak menyentuh hal pengembangan agama mereka secara nyata kepada umat Melayu (Islam).
20.Sebahagian emas yang diperolehi dihantar ke England kerana di waktu itu, Bank of England ketandusan emas dan banyak dibiayai oleh bank milik Rothschild, yang juga datuknya anak didik Adam Weishaupt (silalah buat rujukan lanjut…).
21.Oleh kerana penjelajahan dan penjarahan Inggeris ini di Tanah Melayu, kerajaan Inggeris pada dasarnya tidak berkemampuan dan tentunya dibiayai oleh Rothschild kerana prinsipnya mudah, untuk kerja kasar dan berisiko (peperangan, penjajahan dsbnya), biarlah duitnya sahaja yang bekerja.
22.Hujung kurun 19 dan awal 20, banyaklah emas Tanah Melayu ‘lebur’ di tangan Inggeris ini sehinggalah sampai ketikanya, emas ini didagangkan di bursa logam London (1919) yang entitinya dikenali sebagai The London Gold Market Fixing Ltd yang berpejabat di pejabat Rothschild di London dan harganya ditentukan mengikut selera taiko-taiko ini dua kali sehari iaitu pukul 10.30 pagi (jendela pagi) dan 3.00 petang (jendela petang).
23.Di Tanah Melayu pula, penjajah mengeluarkan duit kertas Negeri selat yang bersandarkan perak dan kemudiannya emas, yang mana emas-emas ini adalah emas Tanah Melayu. Jika kalangan kita minat mendalam, mintaklah pakcik Google carikan.. Nak duit asalnya, berkunjunglah ke kedai-kedai duit antik..
24.Pengeluaran emas memuncak di akhir 1900 dan Selangor waktu itu diperintah oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah; 1804 – 6 February 1898.
25.Antara pusat perlombongan emas adalah di Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor (Negeri Bersekutu) dengan emas serdak dan empingan ini dileburkan terus bagi menghasilkan jongkong mentah berhampiran tapak perlombongan menggunakan kawah berdapurkan konkrit.
26.Tempat simpan selalunya terowong bukit yang ditebuk mendatar menghadap matahari naik untuk pencahayaan berkedalaman 50-100 kaki yang ditampal dengan tanah liat dan kemudian dibakar lalu menghasilkan dinding ‘berbata’ serta berpintu yang berpengawal.
27.Ketulan ini disimpan di dalam kotak kayu keras atau logam dan boleh juga dari tempayan, tertakluk di mana dan selama mana ia hendak disimpan.
28.Pengangkutan pula, selalunya ditarik oleh pedati kereta lembu (yang jalannya berselirat dan sesetengahnya masih ada hingga kini) untuk ke pusat pentadbiran di bandar-bandar utama yang ada perhubungan keretapi dan kemudiannya diangkut dengan keretapi ke ibu kota atau pelabuhan.
ERA EMAS KETIGA
29.Era ini adalah era emas perang WW2 dan dirujuk lebih kepada harta karun Jepun.
30.Harta karun Jepun ini, ia sama ada rampasan dari penduduk awam Tanah Melayu, rezab tempatan, simpanan rezab negara-negara jiran utara kita (Siam, Vietnam dan Cambodia) dan juga tinggalan Inggeris yang tidak sempat dibawa keluar.
31.Dikhabarkan secara sulit dan lisan bahawa banyak emas yang dilombong oleh Inggeris dan juga rezab emas disimpan di Tanah Melayu tidak sempat dibawa keluar ketika WW2 dan Inggeris mengambil keputusan menanamnya di sebilangan lokasi yang ditanda rapi.
32. Bagaimanapun, Jepun tidak dapat mengeluarkan emas-emas yang disorok ini kerana tiadanya maklumat disampaikan kepada mereka oleh orang-orang tempatan.
33.Selepas Jepun berundur, Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu dengan harapan dapat memerintah kembali dan cuba memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya gagal lalu Tanah Melayu merdeka.
34. Dikatakan, salah satu sebab utama Malayan Union adalah bagi membolehkan Inggeris mengambil-semula stok-stok emas yang disorok sebelum ketibaan Jepun.
35.Jepun pula, mereka juga seperti Inggeris, bercadang menetap secara kekal di Tanah Melayu demi menguasai kawalan laluan perdagangan Selat Melaka tetapi juga gagal.
36.Kegagalan ini berakhir dengan fenomena yang sama – terpaksa menyorok emas-emasnya di dalam bumi (terowong dan bunker) tetapi melalui cara lebih kejam iaitu dengan korban nyawa – masih terdapat beberapa individu warga emas yang bermaklumat penuh secara ‘hand-on’ akan hal ini yang sepatutnya dirujuk oleh pihak berkuasa, manalah tahu emas-emas ini dapat dikeluarkan..!
37. Secara umumnya,bagi rantau Nusantara, mitos harta karun yang paling terkenal adalah Emas Yamashita dan juga Golden Lily yang berkaitan dengan Black Eagle Fund – bagaimanapun kita tidak membicarakannya di sini. (TOP SECRET)
38.Bawa mitos berkaitan penyimpanan Jepun ini, ia mungkin berbentuk spekulasi atau benar, namun banyak darinya adalah benar dan terbukti.
DIMANAKAH TERSIMPANNYA HARTA KARUN INI..
39. Banyak lokasi darat yang diketahui tersimpannya harta karun ini, dianggarkan tidak kurang 45 lokasi di Semenanjung dan lebih 5 lokasi di Sabah.
40.Lokasi di laut pula, merujuk kepada kapal karam – agak susah hendak ditentukan dan kebarangkalian untuk diusahakan kecil kerana isu kos, kepakaran dan keselamatan.
41.Terdapat beberapa dokumen asal lokasi penyimpanan ini dalam bentuk peta-peta, manuskrip dan surat-menyurat tetapi faktor keselamatan membataskan pendedahannya.
42. Secara amnya, taburan lokasi banyak terdapat di Pahang, beberapa lokasi di Johor, Lembah Klang dan Perak.
43.Harta karun tinggalan Jepun lebih ‘berbisa’ kerana lazimnya ditanam dengan darah, yakni sebaik sahaja selesai harta ini
ditanam, kuli-kuli tawanan perang yang menanamnya akan dipancung disitu juga bagi menjamin kerahsiaannya.
44. Kadangkala Jepun juga menanam dengan lapisan bom atau perangkap gas beracun yang mana kaedah mengelakkan kesan bahan-bahan ini hanya mereka yang tahu.
45.Bagi tinggalan Inggeris, ianya lebih mudah dan jarang mempunyai gangguan berlebih-lebihan, emasnya juga lebih berkualiti/bermutu.
46.Dianggarkan keseluruhan kuantiti yang ada melebihi 2,000 tan dan 15% dari kuantiti ini, telahpun diukur-sahkan secara manual tetapi sekali lagi, faktor keselamatan membataskan ia dibawa keluar dan dipasarkan.
KAEDAH MEMPEROLEHI HARTA KARUN INI…
47. Ia rumit dan tidak semudah disangka, kerana apabila emas ditanam melebihi tempoh tertentu, pasti ada ‘jin’ yang menjaganya – mengikut cara mana ia ditanam sama ada melibatkan korban darah atau tidak.
48. Kaedah digunakan boleh tiga cara, pertama – kekuatan dalaman, kedua – gabungan kekuatan dalaman dan mekanikal, ketiga – kaedah mekanikal sepenuhnya.
49. Cara pertama memerlukan tenaga kerohanian yang tinggi dan biasanya ‘kekuatan’ ini hanya ada pada segelintir umat Muhammad SAW yang tinggi taraf kewarakannya dan mereka ini mampu ‘menaikkan’ stok simpanan dari puluhan kaki bawah tanah ke permukaan tanah atau lebih hebat lagi, dipindahkan terus ke mana-mana dikehendaki sama ada premis gudang atau kediaman.
50. Kaedah kedua pula (gabungan) dikatakan stoke mas ini dikunci dari ‘bergerak’ lari dan kemudian, kaedah mekanikal (berjentera) digunakan untuk menggali dan mengeluarkan stok berkenaan.
51. Kaedah ketiga pula bergantung semata-mata menggunakan jentera untuk menggali dan mengeluarkan stok berkenaan secara fisikal.
52. Terdapat juga beberapa pihak menggunakan kaedah yang tersasar dari landasan syariat Islam akibat ketaksuban melampau terhadap karta karun ini – yang dah namanya karun (=Qarun)
DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG….
53. Harta yang ditemukan dalam bumi dapat dibahagi menjadi menjadi tiga:
I: Harta yang memiliki tanda-tanda kaum kafir (non muslim) dan harta tersebut terbukti
berasal masa jahiliyah (sebelum Islam) disebut rikaz (harta karun)
II: Harta yang tidak memiliki tanda-tanda berasal dari masa jahiliyah, maka dapat
dibagi dua:
a. Jika ditemukan di tanah bertuan atau jalan bertuan disebut luqothoh (barang temuan).
b. Jika ditemukan di tanah tidak bertuan atau jalan tidak bertuan disebut kanzun (harta
terpendam).
III. Harta yang berasal dari dalam bumi disebut ma’dan (galian lombong).
• Rujuklah pakar hukum untuk penjelasan lanjut berkaitan zakatnya.
54. Mengikut perundangan semasa negara, hasil harta karun dari dalam tanah ini adalah milik negeri, tak kira siapa pun pemunya geran tanahnya.
55. Lazimnya tiga pihak terlibat, pertama – kerajaan negeri, kedua – pemilik tanah / pemegang geran, ketiga – orang yang menjumpainya.
56. Sebaik dijumpai, satu pengistiharan kepada pejabat tanah daerah dan Suruhanjaya Warisan Negara wajib dibuat untuk menentukan status jumpaan sama ada harta karun atau ‘artifak sejarah’.
57. Jika artifak sejarah, alamatnya wassalamlah… ia menjadi milik kerajaan secara mutlak. Jika harta karun, kelulusan mahkamah diperlukan untuk mengesahkan bahawa harta karun berkenaan tiada bertuan dan orang yang menjumpainya (kebiasaan) akan berkongsi hasil dengan kerajaan negeri dalam nisbah tertentu mengikut persetujuan kerajaan negeri terbabit, selalunya dalam nisbah 70:30 (kerajaan negeri : operator).
58. Jika diserahkan kepada kerajaan, bagi pemunya, ia mendapat bahagiannya dan pohonlah pengecualian cukai dari pihak berkuasa kerana jumpaan sebegini tiada dalam istilah sebagai ‘pendapatan’ dan bayarlah zakat ke baitulmal seperti diwajibkan.
59. Sama ada zakat ini kadarnya 20% dari bahagian yang diterimanya atau hanya 2.5% sahaja, rujuklah pakar agama. Dalam hal ini, ada hukum menyatakan orang yang menjumpai harta itu telah lucut status sebagai pemilik, hanya sebagai ‘operator’ dan bahagian yang diterimanya adalah atas ehsan kerajaan dengan kadar zakatnya hanya 2.5% sahaja (kerana 100% harta karun diserahkan kepada kerajaan dan kerajaan membayar upahan/pampasan sahaja – bukan hak milik..) Wallahualam..
60. Akta tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan urusniaga harta karun ini sama ada tertakluk kepada ‘aktiviti perniagaan’ atau hobi.
61. Kerajaan sepatutnya boleh merangka satu peraturan khusus dan jelas untuk pemerolehan semula harta karun ini bagi membolehkan pihak-pihak yang berminat dan ‘berkeupayaan’ mencarinya dan kerajaan boleh bertindak sebagai pembeli pukal dengan kerajaan sendiri mempunyai kelengkapan penapisan (peleburan) yang sempurna. Ini boleh meningkatkan rezab Negara kerana Negara kita amat kaya dengan emas TETAPI dilupakan.
62. Nota : Maaf sikit, info sensitif terpaksa di’hide’kan. Nak bukti sendii, silalah berguru dengan pakar dan In Shaa Allah akan nampak dan bersua perkara2 ini.Pas tu, nak ambil atau tak, terserahlah.. Byk pihak yg memantau perkara ini dan menjadi rebutan mereka….

M a d a h S e l o k a ADDP: Perihal : Apa itu BANI ISRA'IL dan kaitannya denga...

M a d a h S e l o k a ADDP: Perihal : Apa itu BANI ISRA'IL dan kaitannya denga...: Gunung Daik @ Piramid Bangsa Melayu Malaysia Lambang Kaum Pencari Tuhan Yang Esa (Lambang Bani Isra'il) PEMIKIRAN STRA...

MELAYU NUSANTARA: Bahasa Nusantara Sebagai Induk Bahasa Sanskrit

MELAYU NUSANTARA: Bahasa Nusantara Sebagai Induk Bahasa Sanskrit:     Shyama Rao merupakan seorang linguist yang menulis buku-elektronik berjudul “ The Anti-Sanskrit Scripture ” yang terdapat d...

Nov 11, 2013

GURIH PADUKA


Bacalah seloka ini adanya,
dari titah menjadi watikahnya,
jadi kita bayangannya jua,
ingat akan pendita berkata,
taat setia hanya pada Raja,
jangan derhaka akannya kita,
tiada berkat hidupnya kita,
pada Raja menjunjung titahnya,
siang dan malam janganlah alpa,
hai sekian sandri Bharata.

Ahusta akan Sri Maharaja,
terkalam akan segala kehendaknya,
atas Melayu inilah hikayatnya,
salam keatas anakanda dan cucundanya,
ini kata amatilah ia,
jangan ketinggalan semat didada,
ini mula asalnya negara,
lambang bermula kerajaan Melayu adanya,
maka mula inilah careknya pula,
akan Paduka lidah berkata,
kata sabda Paduka Raja,
pembuka kata akan cirinya,
ciri sira titah rasanya.

Mula cipta rupa nyata,
asalnya ciri Paduka Raja,
memuliakan melayu seluruh dunia,
sekelian yang ghaib maupun nyata,
asal sastra kalam Paduka,
sekelip mata menjadi ada,
cerita Melayu dikala purba,
hidup kembali dikalamula.

Dengar watikah utusan Raja,
awal bismillah mulanya kata,
“hai sekelian rakyat jelata,
dengarlah titah Paduka Raja,
memuliakan Melayu seluruh dunia,
tanda kasih kepada kita,
tanda Melayu masih ada,
tanda Melayu masih setia”

Dengarkanlah sekelian Melayu yang ada,
tajjalinya Melayu benih Paduka,
bersandrikan umat pilihan manusia,
itulah Raja Padukanya kita,
melihat jauh nun di pesadanya,
membuka negara inilah sastranya,
seloka akan Paduka Raja,
menyeri hari membukanya kota,
jangan tunduk mukanya kita,
kembang kan dada tunjuk bangganya,
Paduka hendak memuliakan kita,
setelah berkurun tiada menjelma,
marilah kita sama berdoa,
agar segara jadinya negara,
dapat pula kita berguna,
mudahan mati ada berjasa,
selagi Melayu dirinya kita,
tetap hendak akan tugasnya,
tetap setia selama-lamanya,
dibawah junjung Paduka Raja,
Agum Tuanku, Prabhu Gusti Hyang Mahasesa,
Ida Batara Hyang Mahawangsa.

(RMPGAKAW)

Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel?

As-Salam.
Ada belajar sejarah ketamadun Melayu tak masa di sekolah? Saya sebenarnya tak berapa nak ingat, sama ada dalam buku teks (ketika itu) ada diberitahu akan apa maksud Melayu.

Kalau mengikut beberapa pemahaman, Melayu juga disebut Mala atau juga Malai yang bermakna gunung. Makanya, Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s?

Dan apabila dikaitkan dengan keturunan Nabi Ibrahim a.s, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Ada pula kajian yang mengatakan bahawa bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung ini berasal dari ibunda Keturah, isteri nabi Ibrahim a.s.

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. 


Daripada beberapa kenyataan di atas dan mungkin ada yang lain - ternyata ada bukti walaupun tidak berapa kukuh bahawa bangsa Melayu ini sebenarnya juga merupakan cebisan bangsa Bani Israel. 

InsyaAllah, akan ada lagi sambungan akan huraian ini yang akan saya berikan kepada anda semua.

Baca ini juga: Kaitan Melayu Dengan Puak Bani Israel

Rujukan: Halaqah.Net


Baca Selengkapnya - Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel? http://www.hasrulhassan.com/2011/11/apa-maksud-melayu-melayu-itu-sama.html#ixzz2kJL1CVWR
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Apa Kaitan Bangsa Melayu dengan Puak Bani Israel?

As-Salam.
Entri sinambungan dari entri sebelumnya: Apa Maksud Melayu?

Melayu itu ada kaitan dengan Bani Israel, begitulah yang banyak diperkatakan walaupun tidak meluas diketahui. Di dalam al-Qur'an ada menyatakan bahawa Bani Israel terbahagi kepada 12 puak.

Setiap nama puak itu diambil daripada nama Yakub (Israel) a.s.. Nama-nama puak dari kalangan Bani Israel ialah:


  1. Rubin.
  2. Simeon.
  3. Lawway.
  4. Yahuda.
  5. Zebulaon.
  6. Isakhar.
  7. Gad.
  8. Dann.
  9. Asyer.
  10. Naftali.
  11. Yusuf (diambil dari nama anak Yakub a.s. yang ke 11 iaitu Yusuf a.s.).
  12. Benyamin.

Adakah ini bukti atau fakta yang kaitkan bangsa Melayu dengan Bani Israel? Berikut adalah beberapa kajian atau penemuan yang telah dilakukan yang mengaitkan bangsa Melayu dengan Bani Israel.

  • Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Mereka mendapat petunjuk Allah serta memeluk agama Islam. Mereka juga dikatakan yang akan membunuh Yahudi Zionist di Palestin.
  • Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan Ephraim. Menurut kitab Yahudi kuno yang lain, ada yang mencatatkan bahawa golongan Manasseh yang akan menyembelih Yahudi jahat di Palestin.
  • Menurut seorang professor Amerika, Ralph Olssen, ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
  • Kalau berpandukan kitab Yahudi kuno, puak Bani Israel yang hilang dari kalangan Manasseh yang akan berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan akan menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan akan memadamkan negara Israel dari peta dunia adalah orang-orang Melayu.
  • Mengikut Book of Mormon, sebahagian daripada Semenanjung Melayu (termasuk Selatan Thai) ialah dari kalangan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu dari Manasseh).
  • Menurut kajian DNA yang dilakukan ke atas 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israil.

Sumber: Halaqah.net


Baca Selengkapnya - Apa Kaitan Bangsa Melayu dengan Puak Bani Israel? http://www.hasrulhassan.com/2011/11/apa-kaitan-bangsa-melayu-dengan-puak.html#ixzz2kJK8EWSg
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Oct 23, 2013

Untold History: Untold History : Keturunan Kerja Chop Duit

Untold History: Untold History : Keturunan Kerja Chop Duit: Bapak borek, anak bintik-bintik... Tu je lah yang aku boleh cakap. KETUA SIGN DUIT 140 Tahun dulu... terdapat seorang yang amat kaya ya...

( SATU HATI : macam mana boleh wujud ESTATE yang diberikan kepada orang2 tertentu ja especially daripada golongan ROYAL FAMILY's SAHAJA!..jadi kat sini kalo dipikirkan tentu ada banyak lagi ESTATE yang ada kat dunia ni yang mana terdapat COMITTEE dan ORGANISASI yang disahkan untuk menguruskan perjalanan ASET / HARTA2 KELUARGA DIRAJA tu...tp macam mana pula kalo satu hari nanti semua ESTATE ni akan diberikan / diserahkan kembali kepada yang HAK sebab mereka2 (COMITTEE MEMBER + ORGANISASI) adalah sebagai PEMEGANG AMANAH untuk menjaga dan memastikan kekayaan dan pembangunan ekonomi dunia dirasai kepada seluruh warga dunia tanpa mengira kaum, agama dan negara! apakah yang anda pula fikirkan?? )

Untold History: Untold History : Awloh Mu Bukan Allah Ku

Untold History: Untold History : Awloh Mu Bukan Allah Ku: Politic make us blind like fools flock. Sebab politik, agama jadik secondary.. sedara seagama pun jadik musuh while orang yang terang-terang...

( SATU HATI : Aku suka membaca blog dan penulisan yang memberikan idea kretif dan menguji tahap pemikiran supaya kita sentiasa berFIKIR! jadilah DIRI yang SEBENARNYA dalam menuju KEBENARAN HAKIKI!! )

Oct 22, 2013

NAGARHA 11 ( sambungan )


Maka terbanglah mereka bertujuh ini menaiki Tapak Hitam Sulam Mas dalam keadaan berdebar dihati masing-masing. Seperti tidak percaya, kerana mereka sudah hampir ke penghujung pengembaraan ini. Tiada sepatah perkataan pun yang diucapkan dalam perjalanan ke NAGARHA itu.


Teringatlah Si Wulung ini akan permulaan dirinya untuk ke NAGARHA. Dari berseorangan diri mengharungi cabaran muka bhumi dengan bekalan dirinya yang tidak mencukupi sampai dia bertemu dengan Bakami, Karto dan juga Sunan di PUNCAK DHUNIA sewaktu ketika dahulu. Pelbagai cerita dan ragam yang diketahui melalui rakan-rakannya itu.


Alangkah beryukur diri Wulung kerana semua MAKHLUK ciptaan ILLAHI yang ada di Alam ini bukannya JAHAT. Malah asal kejadian SEMUA ini adalah BAIK. Tapi yang merosakkan diri mereka kerana tiada PETUNJUK serta NAFSU menguasai diri menyebabkan jadi sebegini. Tidak kira dari Alam DEWATA malah sampai Alam Bunia juga berlaku pergolakan dalaman.

Sang Adi Goro pula tiba-tiba teringatkan akan gurunya iaitu TUN DERMADEWAN serta RESI MULA DERAIR. Adakah mereka berdua dalam keadaan sihatkah? Selamatkah? Kepalanya menjadi serabut memikir akan gurunya itu...Dia mengeluh kecil...

Dan dalam keadaan yang sunyi sepi itu,Tapak Hitam berteriak kuat. Apakah yang berlaku ini? Tiba-tiba sahaja Tapak Hitam Sulam Mas ini menghemburkan api jingganya kearah bawah. Rupa-rupanya mereka ini telah diserang hendap dalam gelap malam oleh puak Gergasi yang mereka lihat di jajahan BU-TA dahulu. Terlalu besar jumlah mereka kali ini. Hati Wulung bergetar seram dengan situasi ini.


Putri Cahya Malaika Sari mengarahkan Tapak Hitam untuk terbang lebih tinggi bagi mengelakkan mereka ini cedera. Tapi tidak berjaya. Sebenarnya Tapak Hitam sedang mengalami kecederaan pada kedua-dua kepaknya. Luka itu diakibatkan TOMBAK serta PANAH yang berbisa yang mengenai kepaknya. Amat dalam luka itu. 


Tapak Hitam tidak mampu terbang lebih tinggi,jadi Putri Susuh Pandang Indrawati memohon pada Tapak Hitam untuk mencari kawasan yang selamat untuk mereka turun dengan selamat secepat mungkin. Tapak Hitam akur dan faham akan kehendaknya itu. Terkena lagi Tapak Hitam ini dengan balingan TOMBAK,malah kali ini tepat pada perutnya. Darah mencurah keluar dengan banyaknya. Memang amat parah cederanya.

Hendak atau tidak,mereka terpaksa melompat dari tempat tinggi untuk ke bawah. Wulung serta rakan-rakannya sudah bersedia untuk terjun. Mati atau tidak mereka berserah sahaja. Nampak dari situ kumpulan Gerghasi ini sedang mengejar mereka dari bawah. Sambil berpegang tangan mereka terjun dan meluncur laju ke bawah.

Tiba-tiba sahaja mereka ini telah disambut oleh sekumpulan MAKHLUK seperti DEWA juga. Mereka ini ramai jumlahnya yang menunggang binatang seakan kuda yang juga berkepak seperti mereka. Berpakaian PUTIH berselempang KUNING serta mempunyai alat persenjataan tersendiri.

Oct 20, 2013

NAGARHA 10 ( sambungan )


Kedengaran bunyi yang boleh menggegar jantung ketika itu. Masing-masing menoleh keatas dan tahu dari mana datangnya bunyi itu. Rupanya Sang Tapak Kaki Sulam Mas datang menghampiri mereka. Berbunyilah dalam bahasa isyarat antara Putri Cahya Malaika Sari dengan Naga itu.

Mendarat dan mencengkam kuat akan kukunya Sang Naga pada permukaan tanah, betul-betul dihadapan SANG PENGEMBARA itu. Maka wujudlah rasa serta suasana hiba dikalangan mereka. Wulung serta rakan-rakannya mengucapkan terima kasih atas kesudian para penghuni INDERA-PURA yang banyak membantu dan menerima kedatangan mereka ke sini.

Sebelum mereka berangkat diajarkan oleh Sri Maharaja Sakra dan Dewa Timbul Gunung akan cara-cara untuk MENYEPOH DIRI serta ALAT PERSENJATAAN agar lebih mantap diri mereka dimasa akan datang. Diajar serta diingatkan bahawa ILMU ini bukan untuk diri sendiri malah akan membawa manfaat pada suku masing-masing.

Dengan berat langkah, pergi jua kumpulan SANG PENGEMBARA yang diketuai oleh Sang Adi Goro menuju ke destinasi yang sebenarnya. Dalam kegelapan itu ternampaklah mereka suatu tempat yang bercahaya-cahaya yang dipantulkan oleh sinar Sang Mentari. Adkah benar itu NAGARHA?

NAGARHA 9 ( sambungan )


Terlalu asyik Sang Putri Pandang Indrawati ini menari. Lenggokkannya seakan sudah lama menghayati dan memahami TARIAN ASPARA ini dengan memegang senjata kepunyaan beliau.Gaya hentakan serta simpohannya tiada bandingan jika dibanding dengan Sang Tari. Wulung cuba mengamati gaya-gaya yang dipersembahkan oleh Putri ini.

Tiba-tiba Putri Pandang Indrawati ini terjaga dan terkejut dengan keadaan sertakedudukan dirinya betul-betul berada ditengah PENTAS. Lalu berlari meninggalkan PENTAS menghala ke Wulung. Wulung berkata kepadanya,"adakah kamu sedar wahai Sang Putri apa yang kamu lakukan sebentar tadi?".Putri itu menjawab,"tidak sama sekali!"."Yang aku nampak adalah dalam KEBERADAAN aku yang dalam diriku itu ada GERAK dan RENCANA akan TARIAN aku itu".

Berpeluh Sang Putri itu apabila menceritakan apa yang dialaminya tadi pada para sahabatnya itu. Senyum sahaja para DEWA-DEWI melihat dan mendengar jawapan itu tadi. Mereka hanya tersenyum menandakan puas hati dengan UPACARA malam itu. Tatkala keadaan sunyi seketika di dalam AGARTHA itu, kedengaran satu bunyi yang kuat pekikannya dari suatu tempat yang jauh.

Mereka yang hadir disitu terkejut dan tergamam dengan bunyi itu. Tetapi pada para DEWA - DEWI hanya memandang sesama sendiri seolah-olah tahu apa isyarat itu. Tiba-tiba Sang Pancar Tirana memohon pada Sri Maharaja Sakra untuk berkata pada kumpulan SANG PENGEMBARA itu.

"Sudah tiba masanya untuk kalian hergerak ke NAGARHA kerana bunyi yang kamu dengar adalah PANGGILAN untuk kamu semua". Tambahnya lagi."Bunyi itu datang dari NAGARHA, yang ditiupkan pada mereka yang ada TUJUAN dan MATLAMAT untuk kesana dan asal bunyi seakan SEMBOYAN ini keluar dari GIGI NAGA yang pertama wujud ke ALAM kita".

Lantas Si Wulung serta rakan-rakannya mempersiapkan diri mereka secepat mungkin. Semua alat-alat senjata mereka dipertajamkan, , menyimpan bekalan makanan serta minuman. Dalam masa yang sama hadirlah Sang Pancar Tirana pada mereka dengan wajah yang sungguh bercahaya dan penuh kegembiraan. Lalu berkatalah dia.

"Alangkah beruntungnya kalian semua kerana berpeluang menjejakkan kaki ke NAGARHA itu. Dari jauh sewaktu dahulu hanya bermatlamatkan diri, kini lama kelamaan kamu semua faham apa tujuan kamu untuk je NAGARHA ini. Percayalah, bukanlah apa yang ada didepan mata kamu itu benar dan betul. Malah dusta dan mainan tipu muslihat dari-NYA jua. Aku bangga dengan kalian semua."

Sang Adi Goro berkata mewakili rakan-rakannya,"Sesungguhnya, kami yang perlu berterima kasih pada semua rakan yang kami temui sepanjang perjalanan ini yang banyak menghulurkan bantuan pelbagai bentuk. Pada kamu jua wahai Pancar, kami amat mensyukuri segala pertolongan dari masyarakat DEWA-DEWI dari Wilayah Indera-Pura ini." Katanya lagi,"Hanya Yang Maha Tunggal saja dapat membalas segala jasa dan pertolongan ini" 

Akhirnya setelah segala persiapan sudah sempurna lalu Putri yang indah menawan Putri Cahya Malaika Sari memanggil rakannya untuk ke tempat ini. Suasana ketika itu memang riuh rendah kerana semua yang hadir di AGARTHA itu semuanya berpakat yntuk menemankan kumpulan SANG PENGEMBARA ini bergerak menuju ke NAGARHA.