Nov 11, 2011

11 . 11. 11


Tarikh adalah tetap nombor. Tak boleh perkataan kecuali pada bulan yang asalnya juga adalah nombor. Contohnya bulan Januari akan dikenali sebagai bulan 1 dan diikuti bulan-bulan berikutnya. Jadi apa makna disebalik nombor2 tu. Pada aku nombor tetaplah nombor. Dan makna pada nombor itulah yang selalu ditafsirkan oleh pelbagai pihak untuk kepentingan diri mereka dan sekeliling mereka. Dan boleh juga dilihat melalui kajian dan pemerhatian sesetengah pihak terhadap sekeliling mereka.

Pentafsiran yang diperolehi daripada internet tentang no 1 adalah seperti berikut no 1: kelebihan
karektor; suka menyendiri, berdikari, bijak, kreatif, suka analisa orang, suka perhati orang, berbakat jadi pemimpin, pantang dicabar, berfikiran positif, nak kesempurnaan, buat yang terbaik, bersedia utk gagal, sentiasa nak menang, keras kepala, dianggap sombong sebelum dikenali, sangat sensitif, berterus terang dan tak boleh terima arahan orang lain.


Pernyataan tersebut adalah tentang kenali potensi diri kita jika nak dikaitan dengan no 1. Jadi sekiranya kita mmg suka kepada tarikh tersebut maka takrifan tersebut di atas itu boleh lah diberikan kepada kita. Tetapi jangan mudah percaya kepada semua perkara tersebut kerana ianya adalah berdasarkan kepada kajian dan pemahaman si penulis takrifan tersebut sahaja.

Jadi kesimpulannya, kita harus melihat tarikh yang lazimnya nmpk mcm cantik seperti tarikh pada hari ini cukuplah sekadar melihat ianya seperti nombor2 biasa sahaja dan tak lebih dari itu. Jangan terlampau taksub sehingga nak memilih tarikh tersebut sebagai tarikh yg penuh erti dan makna dalam kehidupan. Ianya tidak salah dan juga tidak lah betul. Jadi pikir2 kan lah dan renung2 kan lah.

p/s : Aku suka tarikh 170783. Pasti akan ingat smpi mati. Itulah tarikh aku dilahirkan didunia ini!!! Ingatlah bahawa kita belum tahu lagi bila tarikh kita akan meninggalkan Dunia ini!!!Jadi sentiasalah melakukan amal ibadah kepada Nya. Yang Esa. ALLAH SWT.
Post a Comment