Apr 9, 2009

Bukit Gantang: Melayu Pulang Ke Pangkuan UMNO

Petikan blog YB Dato' Seri Mohamad Khir Toyo.

1. Keputusan kemenangan Pas dan PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak mengubah apa-apa status sedia ada. Ini adalah keputusan dalam pilihan raya yang lalu dan diulangi lagi dalam pilihan raya kecil kali ini.

2. Saya belum meneliti keputusan di Bukit Selambau, namun keputusan di Bukit Gantang memberi makna yang cukup signifikan kepada kepimpinan baru UMNO.

3. Ketika pengundi kaum Cina mengundi untuk Ir Mohd Nizar, pengundi Melayu di Bukit Gantang memberi isyarat yang sebaliknya.

4. Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.

5. Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.

6. Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.

7. Sokongan pengundi Melayu yang cenderung ke arah BN bersandarkan beberapa isu termasuk tindak tanduk Pas ketika memerintah Perak yang tidak digemari oleh orang Melayu serta tarikan kepimpinan baru UMNO.

8. Sokongan bukan Melayu kepada BN banyak bergantung kepada polisi-polisi kerajaan dalam masa setahun akan datang. Cuma sejauh mana darjah atau tahap kepuasan yang mereka inginkan sukar diagak memandangkan barisan campuran pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menawarkan segala-galanya.

9. UMNO sebagai sebuah parti perjuangan orang Melayu yang utuh, tidak boleh tidak, harus mencari jalan sederhana antara ekstremis Melayu dan Melayu yang liberal. Saya pernah menulis dalam blog ini betapa UMNO terperangkap dalam perpecahan falsafah orang Melayu moden sendiri.

10. Namun apakah jalan sederhana ini akan menerima sokongan pengundi bukan Melayu? Apakah yang perlu UMNO dan BN buat untuk kembali menjadi sebuah parti yang disegani?

11. Saya juga tertanya apakah UMNO bersedia mengorbankan kedudukan dan kuasa untuk perjuangan agama dan bangsa. Atau mencari jalan berkompromi, seperti menarik rambut dari tepung..., agar kuasa yang ada dapat menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

12. Kata setengah orang biar berputih tulang, asal jangan berputih mata. Bagi sebahagian orang pula biar mati meninggalkan jasa dari hidup merosak bangsa.

Saya mempunyai beberapa idea untuk dibincangkan bagi strategi parti. Namun biarlah ia menjadi perbincangan dalam parti. Bagi ruang siber seperti ini ada baiknya saya buka kepada pandangan saudara-saudari untuk membahaskannya.

Komen PARIMBUNIS.

1. Jika benar apa yang terjadi di Bukit Gantang ini jelas mencerminkan Umat Melayu kini telah buka mata dan jelas perjuangan UMNO terhadap masyarat Melayu di negara ini masih relevan. Aku masih tak faham kenapa blogger Pro-Pembangkang begitu angkuh mengatakan UMNO tidak lagi diterima oleh orang Melayu.

2. Jika benar perjuangan PAS demi AGAMA ISLAM...! Kenapa umat Melayu Bukit Gantang menolak PAS! Ini jelas PAS tidak RELEVAN lagi kini..Cakap tak serupa bikin...Mengata dulang paku serpih...mengata orang dia yang lebih...Harapkan sokongan Cina terhadap Nizar yang telah menjadi bekas MB=DAP+PAS+PKR semasa pemerintahan kerajaan Perak sebelum ini.

3. Orang Melayu terbukti kini mula untuk kembali BERSATU....Ayuh buktikan kesepakatan kita dengan menjadikan matlamat ONE MALAYSIA...
Post a Comment