Senarai Penuh MT UMNO



Muhyiddin memperolehi 1,575 undi manakala Muhd Taib mendapat 916 undi.

Lapan orang calon bersaing untuk mengisi tiga kerusi naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendapat 1,397, Datuk Seri Rais Yatim (491), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (432), Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar (410) dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (192).


Dua menteri kalah iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat ialah: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Hasan Malek. Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal dalam persaingan itu: Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).

Ulasan

Catatan Popular