Edisi Khas : Gambar Perpaduan Melayu UMNO dan Komen Blogger BPN ~ Malaysiakini


[pic+tun.jpg]


KEHADIRAN Tun Dr. Mahathi Mohamad pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO semalam memeranjatkan para perwakilan. Beliau yang mulanya duduk di kerusi pemerhati di tingkat atas Dewan Merdeka PWTC kemudiannya naik ke pentas utama sejurus selepas Najib Tun Razak selesai berucap. Di atas pentas, beliau, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi saling berpegangan dan menjulang tangan yang secara spontan menerima tepukan gemuruh para perwakilan.




Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berganding tangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) dan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) selepas mengadakan sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang berakhir hari ini di PWTC hari ini.



Diharap semua pembaca termasuk Blogger BPN khususnya dapat tuliskan komen anda di bawah ini sebagai satu tanda sokongan kita kepada perpaduan yang telah dijalinkan oleh para pemimpin pemimpin di atas. Kerana ia adalah matlamat utama BPN untuk menjana perpaduan sesama kita.


petikan : PANGLIMA PERANG CYBER

Ulasan

Catatan Popular