Mar 30, 2009

Edisi Khas : Gambar Perpaduan Melayu UMNO dan Komen Blogger BPN ~ Malaysiakini


[pic+tun.jpg]


KEHADIRAN Tun Dr. Mahathi Mohamad pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO semalam memeranjatkan para perwakilan. Beliau yang mulanya duduk di kerusi pemerhati di tingkat atas Dewan Merdeka PWTC kemudiannya naik ke pentas utama sejurus selepas Najib Tun Razak selesai berucap. Di atas pentas, beliau, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi saling berpegangan dan menjulang tangan yang secara spontan menerima tepukan gemuruh para perwakilan.




Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berganding tangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) dan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) selepas mengadakan sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang berakhir hari ini di PWTC hari ini.



Diharap semua pembaca termasuk Blogger BPN khususnya dapat tuliskan komen anda di bawah ini sebagai satu tanda sokongan kita kepada perpaduan yang telah dijalinkan oleh para pemimpin pemimpin di atas. Kerana ia adalah matlamat utama BPN untuk menjana perpaduan sesama kita.


petikan : PANGLIMA PERANG CYBER

Edisi Khas : Gambar Perpaduan Melayu UMNO dan Komen Blogger BPN ~ Malaysiakini


[pic+tun.jpg]


KEHADIRAN Tun Dr. Mahathi Mohamad pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO semalam memeranjatkan para perwakilan. Beliau yang mulanya duduk di kerusi pemerhati di tingkat atas Dewan Merdeka PWTC kemudiannya naik ke pentas utama sejurus selepas Najib Tun Razak selesai berucap. Di atas pentas, beliau, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi saling berpegangan dan menjulang tangan yang secara spontan menerima tepukan gemuruh para perwakilan.




Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berganding tangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) dan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) selepas mengadakan sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang berakhir hari ini di PWTC hari ini.



Diharap semua pembaca termasuk Blogger BPN khususnya dapat tuliskan komen anda di bawah ini sebagai satu tanda sokongan kita kepada perpaduan yang telah dijalinkan oleh para pemimpin pemimpin di atas. Kerana ia adalah matlamat utama BPN untuk menjana perpaduan sesama kita.

petikan :

Mar 27, 2009

Senarai Penuh MT UMNO



Muhyiddin memperolehi 1,575 undi manakala Muhd Taib mendapat 916 undi.

Lapan orang calon bersaing untuk mengisi tiga kerusi naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendapat 1,397, Datuk Seri Rais Yatim (491), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (432), Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar (410) dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (192).


Dua menteri kalah iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat ialah: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Hasan Malek. Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal dalam persaingan itu: Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).

Mar 26, 2009

Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO

Pengerusi Tetap: Datuk Abdul Fattah Abdullah 460 undi
Timbalan Pengerusi Tetap: Muhammad Yadzan Mohammad 202 undi
Ketua: Khairy Jamaluddin Abu Bakar 304 undi
Naib Ketua: Datuk Razali Ibrahim 417 undi

Exco Pemuda Umno:
1. Mohamed Suffian Awang 653 undi
2. Shafiqurrahman Shamsuddin 569 undi
3. Sohaimi Shahadan 541 undi
4. Mohamad Nazim A Samad 534 undi
5. Mohd Afandi Yusoff 503 undi
6. Jamawi Jaafar 471 undi
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak 471 undi
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin 455 undi
9. Ahmad Darus 446 undi
10. Ahmad Zaki Zahid 446 undi
11. Ali Mazat Salleh 437 undi
12. Megat Zulkarnain 436 undi
13. Zubir Zabidi 419 undi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin 419 undi
15. Lokman Noor Adam 406 undi
16. Syahrin Md Jamaluddin 404 undi
17. Tun Faisal Ismail Aziz 402 undi
18. Muhammad Khairun Aseh 389 undi
19. Mohd Hisamudin Yahaya 388 undi
20. Mohamad Iruan Zulkefli 387 undi

Mar 11, 2009

Want to trade forex but don’t know where to start?


Assalammualaikum Wmt. Wbt.

Hi,


My names Mohd Fuad Yahaya and until a few months ago I had never heard of forex trading, I knew nothing about financial markets, stocks, shares, currency trading or any other type of investing. Now, 6 months later I make my living trading forex, or should I say I make my living by leaving my computer on and watching my forex robot trade for me ! That’s right all I have to do is leave my computer on and watch the money roll into my bank account.

I know this may sound like a dream, but with this brand new forex system I have discovered, dreams can become a reality. I’m not talking about making a few hundred dollars here and there I’m talking about making thousands of dollars each and every month by simply leaving your computer on.

How can this be so you may ask? Well with the advancements in technology it is now possible to have an actual intelligent forex robot trade the market for you, there is no need for you to have any skill, knowledge or even intelligence to use this system all that is required is that you can follow 4 simple steps, set up your account and set your forex robot to work.

This is fast becoming the most popular home based business opportunity on the net today, and with good reason. Due to advancements made in the internet and programming technology sectors, what was once limited to the major banks and blue chip companies has been brought into the homes of the nations. There has never been an easier way to profit from home and I urge you to grab this opportunity with both hands it may not be around for ever !!

The Winning Solution System (WSS) has been proven since 2006 and followed by thousands professional traders from all around the world.

You can find the forex system I now make my full time living from using the link below, It takes around 5 minutes to set up so what are you waiting for?......

Yes I want to trade forex for a living take me to the WINNING SOLUTION SYSTEM.

http://winning-solution.com/?id=mohdfuadyahaya

Best Regards,

Mohd Fuad Yahaya

http://parimbunis.blogspot.com




The Proven Automatic Trading System since 2006

40-200 pips a day is not IMPOSSIBLE!

INTIPATI PAKEJ RANGSANGAN KEDUA


BERIKUT intipati pakej rangsangan kedua yang telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari ini.

* Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion

* pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun * tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah * dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan.

* RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan

* RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan * Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion diterbitkan tahun ini * RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan mission school

* RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak

* RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar

* Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAs) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak

* RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi membantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah TEKUN

* Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

* RM20 juta untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak

* Pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan * Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta

* Kerajaan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bonbon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan

* Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti

* Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad

* Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk * Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori

* Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki aset bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan berkemahiran tinggi

* Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama

* Berkuat kuasa 1 Februari, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik

* Berkuat kuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun

* Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;

* Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;

* Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbangn syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion * RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang * Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April

* Untuk pelaburan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun * bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan di bawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010

* Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.

* RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong

* Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan

* RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur

* Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awamswasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu * Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan

* Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan

* Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya

* Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing

* Radio Televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;

* Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam keskes khusus.

Sumber Petikan : http://idhamlim.blogspot.com/2009/03/intipati-pakej-rangsangan-kedua.html

Mar 9, 2009

Selamat Merayakan Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulid Nabi)


1. Marilah sama-sama kita menyoal diri kita, sama ada kita sudah mengikuti dan mengamalkan sunnah dan mengikut segala seruan Allah SWT dan Rasulullah SAW serta meninggalkan larangan-Nya?

2. Sempena hari yang mulia ini marilah kita perbanyakkan amalan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT ke atas segala kesalahan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan yang tidak disedari oleh kita.

Salam Maulid Nabi kepada semua sahabat BPN dan pengunjung PARIMBUNIS.

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Mar 8, 2009

Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan

bpn-tiger-red.jpg picture by azzuhrie


BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.

BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.

BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.

BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.

BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.

BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...


DAULAT TUANKU !!!!


Yang benar :

Blogger Pembela Negara



Disediakan oleh :

Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

Resolusi 4 / 2009 Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia



bpn-tiger-red.jpg picture by azzuhrie


1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia


2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri


3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.


4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian


5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….



Yang benar,


Blogger Pembela Negara



Disedia oleh :


Panglima Perang Cyber

YDP BPN


Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm

Mar 4, 2009

300,000 DILARANG KELUAR NEGARA

petikan Utusan Online.

KOTA KINABALU 3 Mac - Kira-kira 78,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara 300,000 rakyat negara ini yang dilarang keluar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam berkata, mereka telah disenarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, imigresen, kastam, mahkamah dan PTPTN.

"Seramai 200,000 warga asing pula tidak dibenarkan masuk ke negara ini atas pelbagai sebab termasuk faktor keselamatan," katanya kepada pemberita semasa melawat Pejabat Imigresen Sabah di Likas, hari ini.

Pada masa ini terdapat kira-kira 6.7 juta pemegang pasport Malaysia.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menyemak status pasport mereka sama ada disekat atau tidak untuk ke luar negara.

Menurutnya, mereka boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Jabatan Imigresen di http://www.imi.gov.my

"Ada baiknya orang ramai membuat semakan awal secara online bagi mengelakkan rasa malu apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara," katanya.

Beliau berkata, sistem online itu diperkenalkan sejak 5 Februari lalu dan menerima lebih 200,000 hit setakat ini.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, jumlah pekerja asing yang memperbaharui pas lawatan kerja di Malaysia meningkat kepada 2.3 juta orang tahun lalu berbanding 2.2 juta tahun sebelumnya.

"Di Sabah saja, 197,000 pekerja asing menyambung permit kerja tahun lalu berbanding 230,000 orang pada tahun sebelumnya," katanya.


Komen,

1. Kesian dengan semua orang muda, belum kahwin dan kukuh ekonomi sendiri dah tak boleh ke luar negara.

2. Kalau dah memang bekas pelajar IPT tersebut memang belum mampu nak bayar, harap-harap caj dikurangkan.

3. Kalau dapat bagi rebet lagi bagus. Dapat kurangkan beban skit kepada orang muda ni.

4. Jangan terus menghukum dengan menyenarai hitamkan orang muda-muda.

5. Nanti lagi orang Muda meluat dengan kerajaan, orang politik jadi mangsa keadaan sebab semasa pemerintahan mereka tidak membawa isu ini dengan sewajarnya.

6. LU PIKIR LA SENDIRI apa akan jadi di masa mendatang sekiranya, muda-mudi kita ini dipenuhi dengan hutang-piutang sekeliling pinggang dan bebanan tindakan undang-undang serta disenarai hitamkan oleh pihak kerajaan.


Ikhlas,


MOHD FUAD YAHAYA

Mar 3, 2009

KERAJAAN ISKETAMBOLA = DAP+PKR+PAS

1. Melalui penglihatan mata dan telinga saya, melihat kepada isu terkini perkembangan politik tanah air terutamanya dengan apa yang telah berlaku di Perak pada pagi ini adalah amat melucukan.

2. Bagi orang Muda yang mentah dalam isu politik negeri Perak ( walaupun sebelum ini membesar di Changkat Jering ) di waktu sekolah dahulu saya tidak ambil berat langsung hal ehwal politik negeri, tempat saya menetap kerana sibuk untuk mengulangkaji bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dalam SPM.

3. Dengan isu terkini, terpaksalah saya melihat dengan lebih terperinci dengan apa yang terjadi di Perak kini, terutamanya dalam hal politik. Sudahlah apa yang dilaporkan di dalam blog rakan-rakan seperjuangan cukup untuk membuatkan hati ini bertambah muak, benci, sakit hati dengan apa yang terjadi di tanah air tempat saya membesar itu.

4. Melihat kepada pimpinan DAP+PKR+PAS cukup membuatkan saya terfikir sejenak. Macam mana bangsa seagama saya ni boleh mudah sangat terpengaruh dengan kata-kata "busuk" dan bohong yang diutarakan oleh mereka. Sudahlah janji-janji mereka semata-mata dibuat untuk mendapatkan kuasa dan kemenangan dalam pilihanraya sahaja dengan kredibiliti mereka boleh dipertikaikan tapi boleh memerintah negeri.

5. Kalau sebelum ini memang pandai nak membangkang dan memburukkan kerajaan pemerintah BN, lepas itu pulak mereka pula yang memerintah terjadi pelbagai yang tak pernah terfikir dalam benak fikiran ini boleh terjadi.


6. Masakan Persidangan DUN boleh dilakukan di Bawah Pokok? Orang tak berakal waras saja yang akan fikir ianya boleh dilaksanakan diluar Dewan DUN. Kerajaan Isketambola sepertimana kerajaan cerita P.Ramlee sahaja yang mampu membuat lakonan itu. Kini Pimpinan DAP+PKR+PAS sudah mampu melakukan cerita ini jugak. haha kelakar!

7. Orang yang gila kuasa dan tamakkan kuasa sahaja mampu membuat sebegini?

8. Kesian rakyat yang mengundi pimpinan DAP+PKR+PAS di Perak. Rakyat masih kah buta? nak menilai mana baik dan mana buruk?

9. Sudahlah mengeji Pasukan PDRM lepas itu cuba bertindak kasar pulak. Apa sebenarnya budaya yang dibawak oleh pimpinan DAP+PKR+PAS? Budaya samseng dan gengsterisme?

10.Budaya Islam yang PAS laung-laungkan mana? Malu aku dengan orang Islam yang bertindak sebegitu terutamanya orang PAS yang berlagak kononnya perjuangkan Islam?

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Mar 2, 2009

Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO

Selepas dibuka kepada komen dan juga cadangan selama 8 Jam 1/2 dari jam 9 am hari ini maka di bawah ialah Resolusi terkini BPN siri 3/2009 untuk diedar dan disalin oleh Blogger BPN semua. Di harap dapat sokongan sahabat sahabat semua demi agama bangsa dan negara kita..

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.

Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.