Feb 27, 2009

PERJUANGAN SIAPA YANG BENAR? MELAYU? UMNO? PAS? PKR?


1. Pada hemat saya, ikhlas saya katakan bahawa kini bangsa asing terutamanya bangsa pendatang ke Tanah Melayu ini ( apa yang aku belajar sejarah di sekolah - mereka ini daripada keturunan nenek moyang mereka yang merempat untuk mencari makan dan bekerja sebagai guard dan penoreh getah setelah lari daripada negara mereka dan ikut cakap orang Inggeris seterusnya ada yang jadi komunis dan memberontak terhadap kerajaan pada masa tersebut dan ada juga yang telah menerima pengampunan daripada kerajaan pada waktu itu ) sudah tidak menghormati orang Melayu / Bumiputera di Tanah Melayu ini yang sangup berkongsi tanah air ini seterusnya berkongsi kerakyatan dengan bangsa pendatang tersebut. Baca pula tentang pengajaran kepada perkara ini.

2. Sedih dengan apa yang terjadi di Parlimen, UMNO yang memperjuangkan Melayu dituduh celaka, dan tidak ada pun pejuang Melayu dari Pakatan Rakyat yang bangun mempertahankan perjuangan parti orang Melayu ini. Jangan sebarangan menuduh melulu terhadap apa yang terjadi tanpa ada bukti yang kukuh untuk menyalahkan bangsa Melayu dalam sesuatu hal.

2. Mereka bukan sahaja senang-senang untuk memaki hamun penduduk Melayu / Bumiputera tetapi cuba mengikis kuasa dan perlembagaan yang menyatakan tentang keistimewaan Melayu / Bumiputera. Mereka cuba menuding jari kepada pihak lain untuk mengaburi mata dan pendengaran penyokong Pakatan Rakyat dalam keadaan mereka ini lemah dan cuba menagih simpati. ( aku masih tak faham, dalam keadaan macam ni pun masih ada lagi manusia yang menyokong perjuangan DAP, PKR dan PAS )

3. Sudahlah DYMM Tuanku Sultan dan Raja Melayu pun sudah berani untuk dimaki hamun dan dicerca.

4. Lepas ini tak tahu la apa lagi yang akan dibuat oleh mereka ini.

5. Aku dapat rasakan suatu hari nanti bukan tidak ada lagi Perdana Menteri Melayu / Bumiputera dan Islam, malah mereka juga melenyapkan segala keistimewaan Raja-Raja Melayu dan juga menghapuskan keistimewaan orang Melayu / Bumiputera. ( kesian pulak apa akan terjadi pada anak cucu cicit aku di masa mendatang... lu pikirla sendiri! )

6. Termenung dan menangis mendengar lagu yang isi kandungnya mengandungi...Jangan bermain api, nanti buruk padahnya. ( teringat lagu yang selalu dinyanyikan semasa berkursus BTN )

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA


SIAPA YANG TERSENYUM DALAM KEJADIAN INI


Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk utama bangunan Parlimen semalam. – UTUSAN/Mohd. Naim Aziz


Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.

petikan daripada portal Online UTUSANMALAYSIA

Feb 22, 2009

Hormati Abdullah sebagai pemimpin agung - Mukhriz

Petikan UTUSAN ONLINE.


KOTA BHARU 22 Feb. — Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta semua rakyat terutamanya anggota Umno menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Beliau berkata apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.

“Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.

“Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal calon-calon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.

Beliau berkata apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.

“Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada di dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.

“Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden,” katanya.

Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan dengan baik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara.

Sementara itu, dalam satu majlis lain di Bentong, Pahang, Mukhriz berharap agar pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan calon Umno untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang akan diadakan pada 7 April nanti.
Pimpinan parti hendaklah membuat pemilihan yang tepat dengan meletakkan calon anak tempatan bagi memenuhi aspirasi para pengundi di DUN berkenaan, katanya.

— BERNAMA

** Ulasan ; Menurut pandangan saya, pemimpin yang jujur dan ikhlas Hanya Kerana Allah SWT serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan pasti mendapat tempat dihati masyarakat setelah beliau tidak lagi memegang jawatan di dalam kerajaan.

Feb 14, 2009

TERIMA KASIH KERAJAAN PERSEKUTUAN BN-UMNO

1. Semalam ( 13 Feb 09 ) tarikh keramat yang bersejarah kepada semua penduduk setempat di Taman Medan, Kg. Medan, Kg. Dato' Harun dan beberapa taman perumahan berhampiran yang mana plaza tol NPE PJS 2 - arah Kuala Lumpur yang sebelum ini amat-amat di"benci" kewujudannya telah lenyap sama skali.
2. Selaku masyarakat setempat yang menggunakan plaza tol ini saban hari, saya amat-amat menghargai usaha Kerajaan BN-UMNO dan kerjasama pihak Kementerian Kerja Raya untuk menilai kembali dan menghapuskan kutipan tol NPE di PJS2 - arah Kuala Lumpur.
3. Saya masih menaruh harapan untuk melihat sebuah lagi plaza tol yang sama di NPE PJS2 - arah Bandar Sunway / bertentangan dihapuskan kewujudannya. Ini sudah pasti dilihat akan dapat membantu lebih ramai masyarakat setempat mengharungi permasalahan ekonomi dan dalam mana keadaan ekonomi sejagat yang agak suram.
4. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemimpin setempat daripada UMNO Bahagian, Persatuan Penduduk dan NGO lain yang bersungguh-sungguh mahu melihat plaza tol ini dihapuskan.
5. Kepada pihak yang cuba menegakkan benang yang basah dengan menjadi hero di kampung cubalah sedar diri anda itu siapa tanpa usaha dan berkat daya usaha pemimpin UMNO dan penduduk tempatan yang menyokong Kerajaan BN-UMNO manalah mungkin plaza tol ini dihapuskan. Kerajaan Negeri Selangor kini mana mungkin boleh membuat keputusan sebegini. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan BN-UMNO sahaja yang prihatin permasalahan penduduk setempat dan juga menilainya berdasarkan keadaan ekonomi sejagat.
TERIMA KASIH KERAJAAN PERSEKUTUAN BN-UMNO!!!!!!!
Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Feb 11, 2009

DAULAT TUANKU

Sajak : Bila Rakyat mahu jadi Raja

Edisi I

DULU rakyat taat raja dan negara
KINI rakyat sudah berani menderhaka.

DULU rakyat suka melihat Raja
KINI Raja tidak lagi utama di mata

DULU rakyat merasa diri laksana hamba
KINI rakyat merasa dirinya RAJA

DULU rakyat tak berani menatap mata
KINI Raja pula tunduk sebak di dada.

DULU Raja tetap Raja seluruh warga
KINI Raja dihina dicaci oleh munafik dan kafir termasuk alim ulama baginda




Edisi II


DULU Raja Maha Mulia
KINI Raja dihina Maha Celaka

Dulu Raja sangat perkasa
KINI Raja cuba dilucut kekebalannya

DULU Raja tidak ada saingan
KINI ramai bersaing ingin mengganti Raja

DULU Raja tonggak Negeri/Negara
KINI Raja dipijak dan diletak bawah kaki sahaja..

KINI kita masih ada RAJA
LEPAS INI kita tidak tahu adakah
kita akan jadi negara tanpa RAJA
atau Raja diganti oleh rakyat biasa?????

Benarlah Nabi Bersabda :
Tanda Akhir Zaman Apabila Hamba Sahaya akan jadi Raja

Moga Tuhan Maha Perkasa Memelihara
Raja Raja dari segala ancaman ke atas takhta mereka


DAULAT TUANKU !

APA NAK JADI?


petikan kisah peminat yang menulis di blog ini...
http://perisik-rakyat.com/2009/02/mufti-tidak-taat-kepada-raja-adalah.html
peminat said...

salam...mintak tolong semua blogger tgk kesahihan cerita ni
kalau betul...aii...

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=10922#297983

Ada orang post di tranungkite.net

PostPosted: Sat Feb 07, 2009 4:10 am

Post subject: Sudut baru yang perlu dilihat......Semua ini angkara DAP ?

Reply with quote
Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja.
Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini.
Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti :
- Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ?
- U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer)
Dsb....
- Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi...
- U better learn how to walk first ?
Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka. Kalau raja dahulu kala memberi dikri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sujurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan.
Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini.
Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka. Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni...
Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam
Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu....
P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...

Feb 7, 2009

Apa yang kita dapat selepas PRU12 - Melayu Bodoh , India naik kepala , Cina naik tocang

Sumber petikan website www.kpmu.net
February 7, 2009 by admin

Oleh: TepakBersulam

Apa yang kita dapati dalam senario politik semenjak Pilihan raya UMUM yang lalu bukan nya menguntungkan rakyat tetapi merugikan rakyat . Rakyat sepatutnya menumpukan kepada kerja dan kukuhkan ekonomi dipaksa terus berpolitik sepanjang masa , Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri dan merupakan satu kejutan dan satu improvement yang amat besar kepada pakatan pembangkang ini. Sayang sekali mereka tidak puas dengan kemenangan ini,mereka mahukan lebih dari apa yang telah rakyat berikan . Ketua Pembangkang bertambah ghairah dan bersikap tamak dan haloba.

Sekelip mata saja beliau mengidam dan mengimpikan kerusi Perdana Menteri. 16 September menjadi sasaran dan kerajaan secara paksa dan tanpa menghormati keputusan rakyat beliau mahu merompak kerajaan dari rakyat yang telah membuat keputusan, Malangnya ini semua tidak di izinkan oleh Allah SWT dan 16 Sept berlalu dengan cara yang paling mengaibkan sekali, Anwar terpaksa bersandiwara, tipu sana dan tipu sini.

Apa yang kita dapat dari kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri. Orang Melayu jadi bertambah bodoh , orang India naik kepala , orang Cina naik tocang dan akhirnya orang Cina dapat apa yang mereka mahukan kerana orang Melayu dalam PR mahukan sokongan mereka dan kini BN sudah menjadi tidak popular dikalangan bangsa asing ini. Orang India pula naik tocang dan Menuntut hak mereka melalui keganasan dan orang Melayu dalam PKR terpaksa memberi dan menjadi boneka kepada parti bangsa Cina, Rata-rata yang untung adalah parti DAP. Pas hanya menjadi parti pak turut yang sentiasa dikudakan oleh parti lain, Keadilan pula menjadi parti Mat Jenin , pinjam kata Hadi Awang dengan Penasihat Parti ini sentiasa berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri dengan apa juga cara, malangnya cara beliau kini telah memakan diri dengan tumbangnya kerajaan pakatan rakyat di Perak.

Bangsa Melayu biadab kepada Raja

Inilah yang kita dapat bangsa kita biadab kepada Raja , Bangsa kita menderhaka kepada raja ,Kita lupa bahawa raja adalah tiang negeri dan kita lupa akan bangsa kita sememangnya mewarisi budaya beraja. Ini tidak pernah berlaku sejak zaman datuk nenek kita lagi di mana kita biadab dan menderhaka kepada raja, Jika bangsa Melayu yang tidak mempertahankan raja , siapa lagi yang akan mempertahankan raja-raja kita kerana inilah perisai terakhir bagi kuasa orang-orang Melayu . Oleh kerana orang Melayu sudah tidak menghormati raja Melayu , apa lagi Benggali , kini Benggali yang pernah di tempeleng oleh kiai Arshad satu ketika dahulu mahu menyaman raja kita, Parti Melayu kononnya (Keadilan ) dan parti Islam konon nya (Pas ) hanya membiarkan sahaja bengali ini menyaman raja,.Mereka juga turut menyokong Benggali yang sudah bersikap kurang ajar ini, Harap-harap pengikut kiai Arsyad atau pengikut Tuan Guru Omar Din akan tampil membela raja yang kita sanjungi , Jika PAS dan Keadilan , biadab terhadap raja Melayu , marilah kita orang-orang Melayu , bangsa bermaruah kita pertahankan raja kita, Kita tolak mereka dalam pilihan raya yang akan datang.

Nizar Mulanya berjanji akan akur dengan keputusan Sultan.

Mulanya Nizar membuat sidang akhbar dan berkata akan akur dan menghormati apa saja keputusan sultan , tetapi apabila keputusan tidak memihak kepada beliau . beliau pula meminta izin untuk menderhaka kepada Sultan . Apakah ini cara MB yang kononnya bijak . Apa juga keputusan Sultan perlu diterima kerana Sultan sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana parti . Sultan tidak pernah menolak penubuhan kerajaan PR dan menolak perlantikan Menteri Besar PR sebelum ini.

Feb 6, 2009

LOMPAT LAGI

Sumber petikan blog YAM Tun Dr. Mahathir Mohamed

Dr. Mahathir Mohamad on February 6, 2009 10:39 AM

1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

BEZANYA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL

sumber petikan http://anakmelakajati.blogspot.com/

Kerajaan BN semasa kenyataan akhbar dikelilingi dengan orang-orang Melayu


Kerajaan Pakatan Rakyat semasa kenyataan akhbar dikelilingi Bangsa Lain



Salam,



Disini kita dapat lihat dengan lebih jelas lagi samada Barisan Nasional memperjuangkan melayu atau Pakatan Rakyat yang menghina Melayu..Kalau kita lihat gambar di atas terbukti bahawa Pakatan Rakyat di control oleh bangsa lain yang cuba menghina orang melayu dengan mencabar kuasa Melayu yang ada pada Sultan...



Hari ini Datuk Seri Mohamad Nizar sanggup menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sekiranya pemerintahan diteruskan oleh Barisan Nasional...Pengerusi DAP yang sentiasa cuba menghina orang Melayu ,Karpal Singh mendakwa Sultan Perak bertindak diluar bidang kuasanya dan mereka akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak selasa ini.

Barisan Nasional amat menghormati Sultan kerana kekalahan PRU12 tempohari BN sedikit pun tidak derhaka dan mengata Sultan..Begitu juga di Terenggaunu tempohari, disebabkan pilihan MB dari Sultan dan Kerajaan Pusat berbeza maka BN akur kepada Sultan.

Saya amat yakin bahawa Allah maha berkuasa dan mungkin ini satu dugaan yg diberi oleh ia untuk kita semua (Melayu) sedar, bahawa bangsa lain telah cuba untuk menghancurkan Melayu ini dengan mencabar Sultan.

Wahai Presiden PAS & Mursyidul Am PAS sedarkanlah Nizar tu, yang dia tu sedang dipermainkan oleh bangsa lain..yang kononya menjadi tulang belakang dia...

Salam Perjuangan!

"TIADA SULTAN HANCURLAH MELAYU"

DAILOG PERHIMPINAN PAKATAN...Allah huakhbar!



Petikan sumber http://pkrpasdap.blogspot.com/

SEJAHAT DAN SEZALIM UMNO, MEREKA TIDAK BERDOA UNTUK KEBURUKAN ORANG LAIN...

LEBIH BERABAD UMNO MENJADI TULANG BELAKANG PEMERINTAHAN MALAYSIA, TIDAK PERNAH TERJADI 'CINA DAN INDIA DIUPAH BERCERAMAH MENGHINA MELAYU-ISLAM'..

Tujuan menunjukkan kebencian kepada Melayu-Islam pimpinan UMNO.

Siapa yang untung dan siapa yang rugi nanti sekiranya bangsa Melayu hanya layak menjadi bangsa busuk dan buruk di negara sendiri...




YA ALLAH, BAGI LAH AKU JAWATAN MENTERI BESAR SUPAYA AKU DAPAT MENGGADAIKAN TANAH MELAYU KEPADA BANGSA KAFIR...

YA ALLAH HAPUSLAH MELAYU DAN MENYOKONG UMNO ASALKAN PAS DAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PEMIMPIN....








LOMPAT PARTI TAK BOLEH DAN HARAM... KALAU LOMPAT PARTI MASUK PAS DAN PKR ITU HALAL...

SAYA NAK JADI MENTERI BESAR DAN SAYA AKAN BERJUANG KE TITISAN DARAH TERAKHIR....







ITU MELAYU BANYAK BODOH...
MELAYU ISLAM TARAK SAMA...
PAS ISLAM BAIK...
MAU BUAT KANDANG BABI KASI...
MAHU TANAH MELAYU KASI...
'ALLAH' PAS SAMA DENGAN ALLAH KRISTIAN..

(semua orang ketawa)




OLANG MELAYU UNTUNG KALAU SOKONG DAP CINA....
DAPAT JADI MENTERI BESAR...
KALAU CINA SOKONG UMNO, CINA RUGI TAPI KALAU MELAYU SOKONG MELAYU, MELAYU RUGI...
DAP MAHU TOLONG MELAYU...
ANWAR JADI PM...
MELAYU PUNYA BANGSA TAK PENTING SEBAB ISLAM PAS LAGI PENTING...




WARNAKUM....

DEWA SIVA MEMANG MARAH SAMA UMNO...
DEWA SIVA KAWAN SAMA ALLAH PAS...
DEWA SIVA SATU SYURGA DENGAN ORANG PAS...
MELAYU UMNO MASUK NERAKA SAMA MELAYU LAIN...
KITA MAHU MENTERI BESAR PASAJE..DEWA SIVA TOLONG KASI TAHU SAMA SULTAN PERAK BOLEH???



Seramai 5000 penyokong PAS dan penyokong Pakatan melaungkan

allah huakhbar...

Wahai Sahabat BPN - Mari Kita Pertahanakan Sultan Perak dan Kutuk Penderhaka Nizar

Petikan sumber blog : http://penembak-tepat.blogspot.com/


1. Keputusan berkenaan permohonan Nizar dan Pakatan Rakyat supaya DUN dibubar sudah jelas diketahui kita semua dan Nizar nampaknya tidak dapat menerima keputusan Sultan walhal berkata dia akan mengikut apa sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebelumnya.

2.Ekoran tindakan 'menderhaka' kepada Sultan Perak yang dipamerkan oleh seorang Menteri Besar maka para penyokong pembangkang sudah mula mengeluarkan kata kata menghina Raja dengan begitu teruk sekali. PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya membiarkan sahaja perbuatan tersebut tanpa mendesak penyokong mereka agar akur dengan titah DYMM Sultan Perak..

3. Komen komen yang ditulis dan dipamerkan oleh blog pembangkang itu jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu melibatkan Sultan dalam konflik politik rakyat dan menuduh Sultan dengan berbagai tuduhan yang jelas tidak dapat diterima oleh rakyat yang menghormati Sultan sebagai tonggak kedaulatan Bangsa Melayu dan juga Agama Islam.

4. Sebab itulah pembangkang yang memainkan isu ini nampaknya sedang cuba bermain dengan 'api' dan kita sebagai Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan maruah Sultan sebagai payung agama bangsa dan negara kita dicemar dan dirosakkan begitu sahaja.

5. BPN mendesak agar polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberi komen khasnya terhadap bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang sudah mengingkari janjinya sendiri untuk menerima keputusan Sultan bahkan menderhaka pula kepada baginda.

6. Anugerah yang dikurniakan Tuanku Sultan Perak kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu ditarik kembali sebagai tanda kemurkaan baginda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga begitu berani menyembah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

7. Jika ini dibiarkan maka tentu rakyat akan semakin biadap kerana terikut ikut dengan gelagat mereka dan tidak mustahil akan keluarlah selepas ini hasutan dan juga dorongan jahat agar rakyat mula membenci Sultan dan dengan itu agenda menghilangkan kekuasaan Raja selaku tonggak penjaga ketuanan bangsa Melayu dan Agama Islam dan menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia, akan tercapai dengan mudah.

BPN pasti akan menolak sekeras kerasnya usaha ini dan kami berikrar akan melawan sesiapa sahaja yang sanggup menjatuhkan maruah Sultan yang mereka hanya puji ketika mereka gembira dengan titah baginda dan mengkeji ketika mereka tidak bersetuju dengan titah tersebut.

Contoh komen :

Penderhaka Sultan !! said...

Kecewa btul aku ngan sultan perak ! kata belajar pandai... xkan xble fikir ! Rakyat pon ble fikir ! ni yg nak derhaka nih !!

Anonymous said...

sultan memang berjiwa umno betoi la.... sambut la jubli perak sorang2...

Anonymous said...

sultan pun ikat telo oleh Beruk Negara

Blogger nordin said...
kecewa dgn sultan perak
ingatkan betul bijak dan berjiwa rakyat
rupanya sama dgn sultan dan raja yang lain
jangan jangan sultan pun dapat rm 50 juta
sultan semuanya sama sultan bn dan bukan fikirkan hal rakyat

Thursday, February 05, 2009 4:55:00 PM


Lihat link asal komen di atas di sini dan sini...
Harap semua dapat siarkan pendirian BPN ini di blog sahabat semua...
Salam.

Polis tembak gas sekali lagi, lebih banyak...


Sumber petikan daripada http://perisik-rakyat.com/

Kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

11.50pm Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

10.45pm Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

Laporan sebelumnya:

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa memberitahu bahawa satu protes besar-besaran akan diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, protes anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu bertujuan membantah majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, dipilih BN untuk mengisi jawatan tersebut setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jamaluddin Mohd Radzi (bekas wakil rakyat PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan wakil rakyat bebas.

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - setelah 10 hari berada dalam PKR – kembali bersama BN kelmarin.

Norazli menambah, beliau difahamkan lima trak unit pencegah rusuhan FRU telah berada di masjid tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui jumlah anggota polis yang dikerahkan.

Katanya, beliau menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada mereka akan mengadakan bantahan di Istana Iskandariah – tempat berlangsung majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang ini, Norazli berkata:

"Tidak. Pemuda Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan protes di Istana Iskandariah."

Mohammad Nizar malam tadi berkata semua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau akan memulaukan majlis tersebut sebagai lambang tidak mengiktiraf kerajaan baru BN itu.

Feb 5, 2009

GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009


Petikan Sumber Blog YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi


Saya mengajak para blogger semua untuk berhujung minggu dan sama-sama memeriahkan Program Gerak Usahawan Nasional 2009 yang bermula pada esok, 06 (Jumaat) 10.00 pagi hingga 08 Februari (Ahad) 5.30 petang,2009 bertempat di Dewan Tun Razak, PWTC.

Terdapat pelbagai program yang disusun bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat berkaitan dengan bidang keusahawanan dan juga memberi ruang dan peluang kepada para usahawan kita untuk memasar dan mengembangkan perniagaan mereka. Para pengunjung boleh berinteraksi terus dengan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi untuk khidmat nasihat am keusahawanan dan teknikal, peluang perniagaan, pembiayaan, francais, promosi, pemasaran dalam dan luar negara dan sebagainya.

Selain dari pameran, sesi klinik dan konsultansi, beberapa seminar diatur bersama tokoh-tokoh koporat seperti :

1) Y.Bhg. Datuk Maznah Hamid -Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce (6/2/09 -3.45 ptg : 'Idea Perniagaan dan Kecemerlangan Keusahawanan 2009')

2) Y.Bhg. Dr. Ali Sher Mohamad - Pengerusi Malay Entreprenuer Club UK (7/2/09 - 4.00ptg : 'Your Gateway to Europe Businesses')

3) Y.Brs. Tn. Haji Mohamed Fauzy bin Abdul Hamid - Presiden MOFAZ ( 8/2/09 - 2.30ptg : 'Bicara Tokoh : Penjenamaan Semula dan Globalisasi Perniagaan'

Keusahawanan Kerjaya Pilihan ! Jumpa anda Di sana...

BN MEMERINTAH PERAK samb.


1. Kecelaruan politik semasa di Perak membuktikan bahawa betapa celarunya pemimpin-pemimpin PR.

2. Udah le membuat "press conference" awai-awai untuk memaklumkan tentang pembubaran DUN Perak tanpa mendapat "blessing" dari Sultan Perak, pastu cuba mengaburi mata hati seluruh rakyat Perak dengan menyatakan sokongan dengan sedaya-upaya cuba mengumpulkan seramai 100 ribu umat manusia di hadapan rumah YAB DS Nizar.

3. Kalau betul YAB DS Nizar boleh mengetuai Kerajaan Perak kenapa 2 orang wakil rakyat dari PKR menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PR di Perak? Apa terjadi sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh PR?

4. Pergolakan dalaman pemimpin-pemimpin PR di Perak jelas menunjukkan bahawa mereka ini tidak mahir langsung dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Walaupun sudah diberikan tempoh "bertenang" selama dekat 1 tahun pun masih tak dapat mengawal pemimpin-pemimpin sendiri inikan pula nak memerintah selama 4 tahun?

5. Harap-harap kerajaan BN yang mendapat suara mudah atas sokongan 3 wakil bebas yang bersetuju agar BN memerintah kerajaan negeri Perak dapat menerajui kerajaan negeri dan dapat merealisasikan serta mengotakan janji pilihanraya lepas untuk membela rakyat negeri .

6. Telah menjadi harapan seluruh rakyat Perak untuk melihat nasib rakyat dan suara mereka didengar oleh pemimpin negeri dan dalam ekonomi global yang semakin meruncing ini diharapkan pemerintah kerajaan negeri yang baru dapat memikirkan kaedah dan cara terbaik untuk memastikan rakyat Perak dapat meneruskan "survival" hidup mereka.

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Feb 3, 2009

SIA SIA SAJA JADI PEMIMPIN MAHASISWA PRO KERAJAAN BN-UMNO?


A. Kali ini isu pokok yang hendak diutarakan agak memeranjatkan banyak pihak terutamanya oleh kerajaan BN-UMNO yang memerintah dan berkuasa di negara ini. Niat diutarakan isu kali ini adalah IKHLAS SEMATA-MATA kerana ALLAH SWT tanpa ada tujuan yang lainnya.

B. Pasti tertanya-tanya mengapa saya utarakan persoalan ini...PASTI dan SESUNGGUHNYA ada "point" apa yang hendak diutarakan itu.

C. Mari ikuti realiti politik kampus dan "point-point" berdasarkan pandangan jujur dan ikhlas saya ini yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa di salah sebuah kampus IPTA di Ibu Negara.

1. Apabila bercakap tentang PEMIMPIN MAHASISWA di IPT, ramai yang sedia maklum dan mengetahui mereka ini adalah terdiri daripada pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa, kelab, persatuan, kolej kediaman, persatuan anak negeri dan banyak lagi aktiviti di kampus yang memerlukan pemimpin menerajui organisasi yang terdapat di kampus itu.

2. Mereka ini selalunya "bersih" untuk membawa "attitude" = SIKAP yang baik serta fahaman politik yang lurus tanpa melibatkan kepentingan peribadi semata-mata untuk menjayakan hal ehwal aktiviti/program di kampus agar ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

3. Apabila ada "puak" yang "mencampuri"+"mengaburi"+"menjanjikan"+"mendendangkan" perkara itu dan perkara ini; ianya dilihat menagih simpati dan kepercayaan pemimpin mahasiswa ini untuk menyokong dan membawa "fahaman politik" itu.

4. Bukan sahaja melakukan perkara tersebut bahkan mewujudkan fahaman politik kepartian dengan mengutarakan hal ehwal politik semasa kepartian diluar kampus supaya mahasiswa-mahasiswi di kampus terpengaruh dan dapat menurut perintah dan kehendak parti politik itu.

5. Amat mudah mencorakkan pemimpin mahasiswa di kampus dengan menjanjikan sesuatu yang pasti semua mahasiswa takut untuk mendengarnya apabila tamat pengajian iaitu apabila menempuh alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Ke mana anda semua nak jadi?? Adakah Pegawai Kerajaan yang berjawatan besar?? Adakah nak kerja makan gaji?? Ke nak kerja di syarikat swasta?? atau nak kerja sendiri??

6. Ramai pemimpin mahasiswa itu terpengaruh dengan "hasutan" politik kepartian itu dan menyebabkan mereka "terpaksa" berjuang untuk memastikan kelangsungan "survival" mereka apabila tamat pengajian nanti. Untuk itulah mereka menurut segala macam hal untuk memastikan politik kepartian di kampus itu diteruskan bagi memastikan sesuatu pihak itu menang dan meneruskan pemerintahan di IPT tersebut.

7. Pasti anda semua ternanti-nanti apakah ada puak yang mencampuri politik di kampus..??Saya tidak menafikannya dan dengan ikhlas dan jujur saya kasihan dengan apa yang terjadi di kampus kini. Mereka "menggunakan" kami semua untuk memastikan ASPIRASI menang.

8. Pemimpin Mahasiswa ASPIRASI di tipu...!! Mereka yang dijanjikan jawatan di dalam kerajaan pemerintahan BN-UMNO setelah tamat pengajian tidak diberikan apa-apa jawatan. Semua prosedur permohonan jawatan ke dalam kerajaan dibuat sama rata dengan yang lain. Mereka yang ingin memulakan perniagaan, cukup payah untuk mendapatkan pembiayaan! Macam-macam prosedur yang perlu diikuti? Macam-macam hal perlu kami kemukakan!

9. Di manakah keistimewaan kami yang menyokong kuat kerajaan BN-UMNO di kampus? Apa yang kami dapat? Kenapa kami tidak diserapkan ke dalam pemerintahan kerajaan BN-UMNO? kenapa waktu nak pilihanraya kampus baru semua pemimpin BN-UMNO sibuk nak ambil tahu pasal pilihanraya kampus? Kenapa waktu "senang-lenang" kami tidak dihiraukan?

10. Inilah persoalan yang kini banyak diutarakan kepada saya dan kepada sahabat-sahabat yang bernasib baik dapat berada di dalam "dunia" pekerjaan di pihak kerajaan BN-UMNO. Kami yang lain macam mana?? Sapa yang hendak membawa suara kami?? ABIH MADU SEPAH DIBUANG. Macam itulah perumpamaan yang sesuai untuk kami!

p.s :
Saya dan beberapa orang sahabat lain yang kini berada di dalam pentadbiran kerajaan BN akan sentiasa menjadi "mata dan telinga" serta membantu rakan-rakan seperjuangan untuk memastikan anda diberikan tempat di dalam perkhidmatan kerajaan. Kepada mereka yang berminat melakukan perniagaan atau usahaniaga anda semua digalakkan untuk terus menghubungi Agensi Kerajaan yang mempunyai dana/geran/perkhidmatan memberikan pembiayaan perniagaan atau menghubungi saya bagi mendapatkan nasihat dan khidmat rundingan.

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA


Dulu Aktivis Mahasiswa Pembangkang, Kini Kerja Dengan Kerajaan

Sumber petikan blog ANGIN PERUBAHAN.

(Gambar: Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali, Pengerusi SMM dan Exco PMIUM, Bekas Pelajar Nilam Puri dan sekarang sudah bergraduan dari UM. Ketika masih menuntut di tahun 3, beliau merupakan mastermind mana-mana demonstrasi mahasiswa di Malaysia termasuk membawa mahasiswa berdemonstrasi pada 10 November 2007 yang dianjurkan oleh BERSIH. Kelihatan dalam gambar beliau, berdiri di tengah, sedang menjadi jurucakap demonstrasi yang dianjurkan oleh Parti Mahasiswa Negara bersama Azlan Zainal)

Pada 17 November 2008, Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali telah pun melapor diri menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Jabatan Imigresen Putrajaya. Bertuah benar, seorang bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang merupakan aktivis pelajar pembangkang sekarang ini sudah berkhidmat dalam sektor awam kerajaan. Sesudah puas mencaci maki dan mengherdik kerajaan BN, sekarang Sheikh Omar menjadi pekerja pula kepada kerajaan yang pernah dicacinya dahulu. Inilah contoh kerajaan yang prihatin, biarpun dahulunya orang tersebut pernah menentang kerajaan dan dianggap anti-establishment tetapi diambil juga bekerja sebagai PTD, satu jawatan tetap dalam sektor awam.
Mohd Izwan Bin Md. Yusof
(Dulu bekas AJK Dewan Pemuda PAS, kini bertugas di JAKIM)

Bukan Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali seorang sahaja yang diambil bekerja dalam sektor awam. Ramai lagi yang dahulunya mengecam kerajaan sekarang ini sudah pun makan gaji bersama kerajaan. Ramai di antara mereka berada di JAKIM. Mohd Izwan Bin Md. Yusof yang merupakan bekas Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) 2005-2007, bekas AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan 2005-2007, Presiden PMIUM 2001/02 dan Presiden GAMIS 2001/02. Mohd Izwan kini bertugas di JAKIM menjaga Cawangan Islam Hadhari dan Penerapan Nilai-Nilai, Bahagian Dakwah, JAKIM, Putrajaya.

Muhammad Haniff Bin Baderun (Dulu, Presiden GAMIS. Kini kerja dengan JAKIM).

Seorang lagi Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berkerja di JAKIM adalah Muhammad Haniff Bin Baderun. Beliau merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) 2005/06. Kini bertugas sebagai pegawai JAKIM di Pusat Pemulihan Akidah, Jelebu.

Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud (Dulu Presiden MPP Pro Pembangkang di UIA. Kini bertugas di JAKIM).

Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2003/04) yang merupakan bekas aktivis pembangkang di UIA kini sudah bertugas di Cawangan Pembangunan Ekonomi Islam, Bahagian Penyelidikan JAKIM, Putrajaya. Seorang lagi aktivis mahasiswa pembangkang dari WUFI yang bertugas di JAKIM adalah Rosdam Hanabi Bin Mohamed (Exco Dakwah dan Tarbiyah MPPUIAM 2004/05) yang ditempatkan di Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah.

Rosdam Hanabi Bin Mohamed (bekas aktivis pro pembangkang di UIA, kini menjadi pegawai JAKIM).

Mereka yang bertugas di JAKIM ini yang menjadi pelaksana Islam Hadhari yang sering dicemuh oleh pemimpin-pemimpin PAS dan PKR. Mereka berkhidmat untuk sektor awam dan tidak pun diambil bekerja oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh itu, apa guna lagi menjadi mahasiswa anti-establishment di universiti?. Tiada siapa yang membela kamu bila tamat pengajian. Akhirnya apa yang dicemuh, dimakan kembali. Mungkin selepas ini akan ramai lagi aktivis mahasiswa pro pembangkang akan jadi PTD, pensyarah dan guru-guru J-Qaf. Boleh kritis di kampus tetapi biarlah konstruktif dan praktikal. Selepas habis belajar, barulah hendak sedar siapa yang dipergunakan siapa.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
http://anginperubahan.blogspot.com

Feb 2, 2009

Jangan persenda guna nama Allah

Petikan Akhbar Utusan Malaysia, 2 Feb'09


KUALA LUMPUR 1 Feb. – Tindakan akhbar Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya boleh mencetuskan krisis agama paling buruk di negara ini.

Justeru pihak akhbar berkenaan serta seorang menteri bukan Islam digesa lebih menghormati sensitiviti umat Islam dengan menghentikan perbuatan mereka serta-merta iaitu sebelum kesabaran umat Islam di negara ini tercabar.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, semua pihak harus sedar bahawa isu yang diperjuangkan oleh akhbar tersebut merupakan satu perkara amat sensitif dan umat Islam sedia bangkit mempertahankan kesucian Islam sekiranya keadaan terdesak.

‘‘Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja provokasi masyarakat Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitif. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini.

‘‘Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini dan Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad kami,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.

Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam keadaan sekarang kerajaan mahu tidak mahu wajar bertindak segera termasuk menggunakan peruntukan undang-undang paling tegas terhadap syarikat akhbar tersebut bagi mengelakkan berlakunya krisis berkenaan.

‘‘Apa yang mereka lakukan ini boleh menyebabkan krisis (agama) dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Sudah tentu orang Islam akan bangkit kerana mereka cuba mencemari agama kita yang suci ini,’’ ujarnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid menyifatkan tindakan Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan Allah kepada mana-mana agama lain selain Islam telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak bertahun-tahun dahulu.

“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Maha Esa.

“Dalam agama Kristian sendiri, mereka tidak gunakan perkataan Allah, dalam kitab mereka. Sebaliknya, mereka mengunakan perkataan seperti ‘Ilah,’ ‘God,’ ‘Lord’ dan sebagainya bagi merujuk tuhan mereka.

“Namun, tindakan akhbar ini seolah-olah tidak menghormati sensitiviti umat Islam bukan hanya di negara ini semata-mata tetapi seluruh dunia Islam lain,” katanya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad ketika mengulas isu itu mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya jika Herald Catholic enggan menghentikan penggunaan perkataan Allah dalam akhbarnya.

‘‘Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat. Mereka sepatutnya tahu batas-batas hak (beragama) berdasarkan peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan.

‘‘Tambahan pula kes ini masih dalam proses mahkamah. Mereka yang meminta kes ini dibicarakan dan seharusnya mereka lebih menunjukkan rasa hormat,’’ tambahnya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Herald Catholic merupakan tindakan yang akan mencetuskan ketegangan agama.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang seolah-olah mencabar Islam sebagai agama persekutuan.

‘‘Akhbar itu sudah melanggar prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan ini menunjukkan beliau gagal untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik.

‘‘Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),’’ katanya.

Selain itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, Herald Catholic sudah mempersendakan orang Islam serta kesucian agama Islam.

‘‘Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam merupakan agama yang suci dan tindakan Herald Catholic ini mempersendakan Islam dan beliau perlu diambil tindakan tegas,’’ katannya.

Feb 1, 2009

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN


Ikhlas,
MOHD FUAD YAHAYA

BN MEMERINTAH PERAK??

1. Terkejut dengan berita yang disiarkan oleh Buletin 1.30 petang tadi, apabila YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa kini terdapat beberapa orang YB dari PR yang akan menyertai BN.

2. Nie mesti ada strategi baru UMNO-BN untuk memenangi hati rakyat Negeri Perak yang kini sudah "bohsan" dengan kerajaan PR.

3. Diharapkan supaya dengan peralihan "arah angin taufan" ini dapat membawa perubahan drastik dan membela hak rakyat Bumiputera dan Melayu di Perak.

4. Rakyat Negeri Perak amat-amat menantikan berita yang amat baik sekiranya peralihan kuasa pemerintahan kerajaan negeri itu dilaksanakan dalam suasana yang baik.

5. Biarlah rakyat Negeri Perak yang menetapkan siapakah pemimpin yang mereka ingini.


Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA