Jan 30, 2009

Senarai Syarikat yang Menyokong Israel dan USA

A. Petikan daripada email yang dipanjangkan oleh saudara-saudara seagamaku.

B. Terima kasih atas email kalian, berikut adalah senarai nama syarikat-syarikat yang mempunyai jaringan kerjasama dengan Israel yang perlu di boikot pembelian produk / perkhidmatan mereka oleh semua saudara seagamaku.

C. Pastikan kemenangan umat Islam di Palestin dan keamanan serta kesejahteraan mereka semua. AMIN.


1. Syarikat : Phillip Morris

Produk : Rokok dan MakananJenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI


2. Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut, KFC

Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel .


3. Syarikat : Nestle

Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips.

Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel , Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


4. Syarikat : Disney

Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.


5. Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.

Produk : Pasaraya, Pakaian dan KasutJenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel . Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.


6. Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.


7. Syarikat : Danone

Produk : Makanan, minuman dan biskutJenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette

Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel , Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel . Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.


8. Syarikat : Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan.

Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.


9. Syarikat : Revlon

Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.


10. Syarikat : AOL Time Warner

Produk : Media Elektronik dan CetakJenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel . Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


11. Syarikat : IBM

Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel . Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.


12. Syarikat : L'Oreal

Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy , Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel . Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L' Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.


13. Syarikat : Intel

Produk : Perkakasan komputer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel . Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.


14. Syarikat : Est Lauder

Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.


15. Syarikat : News Corporation

Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.


16. Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe, Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.


LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, sabun, syampuJenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax , Palmolive, Tahiti , Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen - Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis , Raid, Heinz.


Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Jan 29, 2009

PENGGANGURAN!! CARA MENGATASI?


1. Tak tahu kenapa hari ini idea untuk menulis datang mencurah-curah. Sesungguhnya aku ikhlas dan jujur hanya kepada Mu Ya Allah untuk mengutarakan isu ini yang dilihat akan melanda masyarakat negara ini buat detik ini dan masa mendatang.

2. Terlintas kesekian kalinya lagi di benak hati sanubari ini, ke mana akan perginya saudara ku yang telah diberhentikan kerja dan juga mereka yang telah menamatkan pengajian di IPT?

3. Apa mereka akan lakukan untuk menyara hidup mereka ini dalam keadaan ekonomi global yang semakin meruncing?

4. Apa jalan penyelesaian kepada permasalahan ini??

5. Macam mana kuasa beli saudaraku nanti sedangkan mereka ini tidak mempunyai wang ringgit untuk membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan??

6. Apa tindakan kita selaku warga negara ini untuk membantu saudara sebangsa dan seagama??

7. Dan apakah tindakan yang boleh dicadangkan kepada pihak kerajaan tentang permasalahan ini?

8. Melalui pemerhatian dari perspektif seorang yang jahil tentang ilmu ekonomi, saya melihat kerajaan seharusnya lebih berani untuk meningkatkan perbelanjaan yang dapat menyebabkan kecairan tunai sampai kepada penduduk negara ini. Bukan dengan hanya memberikan "injection" kepada bank-bank dan institusi-institusi perniagaan kerajaan yang semakin parah, tetapi juga kerajaan harus memikirkan kaedah yang terbaik untuk memastikan penduduk luar bandar terutamanya mereka yang miskin dan berada dalam keadaan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" dapat turut merasai bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

9. Kalau perlu kita membuat "enforcement" dan "mewajibkan" semua golongan muda dan kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dengan percuma serta mendapat biasiswa yang dibiayai PTPTN sepertimana PROGAM KHIDMAT NEGARA kita mewajibkan semua remaja lepasan SPM untuk menyertainya, saya yakin negara inilah yang akan jadi sebuah negara yang terbaik yang akan dapat melahirkan modal insan yang tinggi dikalangan penduduknya.

10. Banyak perkara penting yang boleh dilakukan oleh kerajaan antaranya seperti memberikan pelepasan cukai kepada mereka yang memiliki anak yang melebihi 5 orang, menggurangkan kadar faedah bank pusat sekurang yang boleh, melonggarkan syarat pembiayaan peribadi dan perniagaan, mewujudkan satu sektor kajian dan penyelidikan tentang produk keluaran tempatan seperti produk ORANG KAMPUNG, menggalakkan penggunaan produk dan perkhidmatan tempatan, membuat konvensyan / karnival produk/ servis usahawan muslim, menggalakkan pembelian rumah dengan menyokong usaha pembiayaan oleh bank sebanyak 120@100% dan rasanya banyak lagi yang boleh kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah ekonomi global.

12. Dengan usaha-usaha dan peluang-peluang yang dilakukan oleh kerajaan, ini sedikit sebanyak akan dapat membantu mengurangkan pengganguran dan mengatasi masalah ekonomi global dan sejagat.

Ikhlas,


MOHD FUAD YAHAYA

TEMPANG ke TANPA SAYAP-SAYAP PARTI UMNO???


1. Suka untuk saya melihat dan ulas tentang artikel yang saya "copy and paste" sebelum ini.

2. Rasanya perlu untuk saya utarakan apa yang terlintas di "benak" fikiran saya ini.

3. Apakah akan TEMPANG parti UMNO tanpa SAYAP-SAYAP nya..???

4. Kenapa kita selalu utarakan UMNO perlu di "remaja" kan!!! Apa perlu semua ini!!

5. Adakah untuk menyedapkan hati semua ahli "grassroot" dan juga pemerhati politik serta pengundi atas pagar??

6. Atau hanya sekadar untuk menyedapkan telinga dan me"lazat"kan puak-puak yang mempunyai kepentingan peribadi mereka semata-mata??

7. Tentu ada "hikmah" nya jika perkara ini dicadangkan kepada UMNO untuk memberikan PERUBAHAN tak kiralah ianya kecil ataupun besar.

8. Banyak sungguh persoalan yang terjelma di benak fikiran ini, dek kerana ramai orang mencadangkan supaya UMNO BERUBAH!! UMNO PERLU DIREMAJAKAN!!! POLITIK WANG UMNO DIHAPUSKAN!!! UBAH PEMIMPIN UMNO YANG MENGAMALKAN RASUAH!!! dan macam-macam lagi slogan dan ucapan yang kadang-kadang kita tahu bahawa tindakan tidak akan berlaku. Kalaupun tindakan berlaku tetapi tiada pula pemantauan dan pelaksanaan susulannya.

9. Bila ada suatu suara perubahan drastik dicadangkan kepada UMNO, habis melenting semua orang di dalam parti. Kata itu tak boleh, ini tak boleh, perubahan & idea ini perlukan kajian mendalam, perkara ini tak masuk dek akal fikiran, perkara ini perlu dibincangkan secara dalaman, perkara ini akan melemahkan UMNO dan banyak lagi perkara itu dan ini.

10. Kalau tadi nak bercakap tentang PERUBAHAN KEPADA UMNO kenapa perlu ditakutkan apa yang kita nak laksanakan demi membawa PERUBAHAN KEPADA UMNO.

11. UMNO KENA BERUBAH DAN BERANI BERUBAH.

12. Kalau ada idea saja nak berubah tapi tak berani nak berubah dan bertindak, ianya tak akan terjadi apa-apa pun.

13. Renungkan lah wahai bangsaku....

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Umno Hilang Sokongan Anak Muda Jika Putera, Puteri Dibubar

Petikan daripada www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pembubaran Putera Umno akan hanya merugikan parti kerana ia akan kehilangan saluran yang penting untuk mendekati generasi muda.

Malahan, katanya matlamat utama penubuhan Putera Umno pada 2005 bukanlah supaya golongan remaja berpolitik tetapi untuk membina generasi muda yang peka kepada sejarah dan jati diri perjuangan parti.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini beliau berkata Putera Umno tidak terlibat dalam sebarang bentuk gejala politik wang kerana penubuhannya sebagai satu unit dalam Pergerakan Pemuda Umno tiada kaitan dengan pemilihan dalam parti.

"Tidak ada politik wang dalam Putera Umno sebab tidak ada pemilihan," katanya sebagai mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya Umno disusun semula dengan membubarkan semua sayap parti termasuk Putera Umno bagi membanteras gejala politik wang.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata masanya belum sesuai bagi anggota Putera Umno yang dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun itu untuk berpolitik dan sebaliknya mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Azeez berkata pendekatan Putera Umno ialah menerusi program kebajikan seperti gotong-royong, membantu mangsa bencana alam seperti banjir selain menganjurkan ekspedisi bagi mengharumkan nama negara seperti ekspedisi Payung Terjun di Kutub Utara April tahun lalu.

Sungguhpun terkejut dengan cadangan itu, namun Azeez berkata beliau akan akur dengan sebarang keputusan yang akan diambil oleh pucuk pimpinan parti berhubung masa depan Putera Umno yang kini mempunyai 20,000 anggota.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata struktur Umno yang ada sekarang masih relevan untuk mendedahkan generasi muda dalam konteks kepimpinan negara.

"Kita harus galakan mereka (generasi muda) kerana kita tahu di mana-mana tempat pun ada proses peremajaan struktur kepimpinan parti jadi kita tak boleh abaikan (struktur itu) kelak kita akan ketandusan kepimpinan golongan muda," katanya.

Di KUALA LANGAT, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad berkata cadangan pembubaran sayap Umno bukanlah satu jalan penyelesaian yang wajar bagi membenteras politik wang dalam parti itu.

"Nak menyelesaikan sesuatu takkanlah dengan cara kita menutup atau membubarkan sayap-sayap dalam Umno, dia tidak menyelesaikan. Kalau ada masalah, kita selesaikan masalah pergerakan itu," katanya.

Di KOTA KINABALU, Naib Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan cadangan supaya semua sayap parti Umno dibubarkan sebagai sesuatu yang amat mengecewakan dan turut mengguris hati pejuang Puteri Umno yang selama ini bersunguh-sungguh untuk memperkasakan Umno.

"Cadangan itu sangat memeranjatkan dan mengecewakan saya dan Puteri, saya juga tidak nampak rasionalnya. Saya fikir kenyataan (cadangan) seumpama itu tidak seharusnya dikeluarkan kerana berdasarkan pilihan raya lepas, kita lihat orang muda tidak ramai berpihak kepada Umno," katanya.

Rosnah berkata sejarah telah membuktikan bahawa penubuhan sayap Umno seperti Puteri mampu menarik sokongan golongan muda terhadap Umno, dan dengan membubarkan Puteri Umno, ia seolah-olah menjauhkan golongan muda daripada parti itu.

-- BERNAMA

BUBARKAN SAYAP-SAYAP UMNO


1. Alahai UMNO....

2. Ni nak publisiti murahan ataupun nak orang dalaman UMNO berpecah belah ataupun nak mereka bersatu??

3. Jika dilihat kepada cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, YBhg.Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang berpendapat langkah itu perlu bagi memperbaiki dan memperkuatkan semula parti yang telah 50 tahun menjadi tunggak kepada kestabilan di negara ini disinis dan ditempelak oleh banyak pihak.

4. Kalau dilihat daripada apa yang diutarakan oleh YBhg. Tan Sri di atas adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh banyak pihak terutamanya ahli-ahli yang berdaftar dengan UMNO dan juga pemerhati politik serta pengundi atas pagar.

5. Mesti ada kebaikan dan juga keburukan atas cadangan tersebut, namun kita tidak harus menghukum dengan terus menerus akan cadangan yang saya rasakan tidak boleh diterima oleh akal buat masa ini. ( kemungkinan kalau mendapat suara keseluruhan "grassroot" mereka menyetujuinya )

6. Semua pihak harus melihat perkara ini dalam pelbagai perspektif untuk memastikan kelangsungan kelestarian kegemilangan UMNO dapat dicapai.

7. Perkara yang mendapat sokongan majoriti demi memberikan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara serta mengukuhkan dan memantapkan UMNO haruslah diutamakan. Janganlah hanya mengutamakan nasib dan kepentingan diri sendiri semata-mata. Ingatlah akan Tuhan yang Esa dan berdoalah kepada-Nya untuk memudahkan segala urusan harian kita ini.

Wallahualam...

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

200 Orang Dakwa Ditipu Pegawai Tekun


petikan daripada website www.bernama.com


200 Orang Dakwa Ditipu Pegawai Tekun


JOHOR BAHARU, 28 Jan (Bernama) -- Seramai 200 orang mendakwa ditipu seorang pegawai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang meminta mereka membayar RM100 seorang bagi mempercepatkan permohonan pinjaman mereka pada Jun tahun lalu.

Namun, selepas menunggu enam bulan, mereka berasa telah ditipu pegawai wanita itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi di sini, Rabu.

"Setiap seorang daripada kami membayar RM100 kepada pegawai wanita ini untuk mendapatkan pinjaman antara RM50,000 and RM70,000 daripada sebuah koperasi," kata seorang pegawal keselamatan, Hisham Samsu, 31, yang mewakili mangsa-mangsa tersebut.

Katanya pinjaman itu hendak mereka gunakan bagi menyertai satu skim pemasaran pelbagai peringkat.

"Sampai sekarang kami masih belum mendapat pinjaman itu walaupun sudah beberapa kali menelefon beliau," katanya.

Hisham berkata pembayaran tersebut dibuat di sebuah restoran di Simpang Renggam pada Jun tahun lalu dan dijanjikan ia akan diluluskan dalam masa sebulan.

Namun ketika ditemui dua bulan kemudiannya, wanita itu berdalih mengatakan pinjaman itu memerlukan masa tiga bulan lagi untuk diluluskan.

Seorang lagi mangsa, Omar Mohamad, 49, berharap masalah itu dapat diselesaikan kerana ramai antara mereka hanya berpendapatan sebanyak RM1,000 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Datuk Maulizan Bujang ketika dihubungi menyarankan agar mangsa membuat laporan di pejabat Tekun.

"Apabila laporan telah dibuat, siasatan dalaman akan dibuat ke atas kes ini dan jika didapati benar maka tindakan akan diambil ke atas pegawai tersebut," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Zainal Baharom mengesahkan laporan itu dan akan membuat siasatan ke atasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi hotline polis di talian 07-2212999 atau balai polis berdekatan.

-- BERNAMA

Jan 27, 2009

ORANG MUDA.... & UMNO


1. UMNO DULU, KINI dan tidak selamanya...

2. Inilah apa yang terjadi kini...Kebanyakan golongan muda ( linkungan berumur bawah 30 tahun ) yang berpelajaran tinggi dan telah bekerja di dunia profesional tidak meminati UMNO... ( tidak menetap di kampung setelah melanjutkan pelajaran di IPT )

3. Pelbagai keadah dan pandangan oleh mereka ini tidak diambil kira...

4. Sudah muak untuk disuarakan macam mana nak selesaikan permasalahan ini...

5. Bila nak masuk saja UMNO kena daftar di salah satu cawangan.

6. Tapi bila nak daftar saja macam-macam perihal dan prosesnya.

7. Apabila nak daftar kena pulak ada orang yang "recommend".

8. Kalo setakat nak sumbang tenaga, keringat, ilmu, idea dan apa saja yang mampu tidak diendahkan.

9. Mereka merasakan golongan muda layak duduk di luar parti.

10. Ok la macam tu kami ni baik saja buat NGO. Lepas tu bila nak pilihanraya baik kami undi saja Pembangkang. Padahal hati nak undi pembangkang pun tak nak.

11. Abih apa nak buat lagi...UMNO dan tak nak terima golongan macam kami ni...

12. Kalo masuk UMNO pun kami yang ada kudrat dan ilmu pengetahuan ni kami akan di"pancung" awal-awal lagi...sebab apa...sebab punya suara dan pandangan yang tidak sehaluan dengan pemimpin tertinggi Bahagian....

13. kesian kami....

14. nak tolong bangsa, agama dan negara ni tak kesampaian...

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Jan 26, 2009

LOMPAT SI KATAK LOMPAT.....

1. Amboi bukan main besar lagi mata si katak ni..

2. Rasanya katak ni tengah "usya" kot-kot projek yang dapat mengkayakan dirinya serta adik beradiknya.

3. Janganlah pulak apabila sudah kalah bertanding dalam satu pemilihan pemimpin sebuah parti tempatan "katak" ni cuba tuk melompat lebih tinggi bagi merasai "pemerintahan" yang dianggotai oleh kebanyakan EXCO nya berlatakbelakangkan satu kaum sahaja.

4. Berkemungkinan dia turut dijanjikan jawatan tersebut agaknya!!

5. Mentang-mentang la si katak nie telah merasai dirinya kalah dalam pemilihan tersebut dan telah "demotivated" terus katak ni nak menang dengan caranya tersendiri dan melalui jalan pintas untuk duduk dikerusi yang empuk dan merasai kemewahan bersama parti barunya itu.

6. Ikhs..ikhs..ikhs...apa sudah jadi pada pemimpin skrang???

7. Adakah mereka ini mengejar "glamour???

8. Adakah sudah lupa akan tanggungjawab sebagai pemimpin yang diamanahkan di dalam pilihanraya yang lepas???

9. Takkan senang-senang nak lompat parti begitu sahaja sambil memperjudikan nasib pengundi yang mengundi dia...kesian penduduk tempatan wahai si YB??

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

GONG XI FA CAI !


HAPPY GONG XI FA CAI


DARIPADA :

MOHD FUAD YAHAYA & ISTERI

Jan 19, 2009

MASALAH TENTANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TEKUN Nasional

Salam Semua,

1. Lama sungguh rasanya saya tidak menulis di dalam blog PARIMBUNIS ini. Masa ada tapi masih belum berkesempatan sahaja.

2. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa saya baru hari ini merespon/memberikan maklumbalas tentang permohonan pembiayaan TEKUN.

3. Untuk makluman semua pihak, dengan adanya Penjenamaan dan Pemantapan Pelaksanaan Operasi TEKUN Nasional pada awal tahun 2008 ( waktu tu saya belum menyertai TEKUN Nasional kerana masih berkhidmat di Yayasan Pelajaran MARA-YPM - tetapi semasa Majlis Perasmiannya Oleh YB Menteri MECD, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin dulu saya menghadiri majlis tersebut ) piagam pelanggan kami ( mewakili TEKUN Nasional ) telah banyak berubah dan diperbaiki serta dimantapkan.

4. Salah satunya adalah dalam proses pembiayaan TEKUN. Kami telah berani untuk memberikan yang amat-amat terbaik kepada pelanggan kami seperti bakal usahawan, peminjam sedia ada dan orang ramai yang ingin mengenali kami dengan lebih dekat. Tempoh kelulusan adalah 14 hari dan penyerahan cek dalam masa 14 setelah kelulusan serta untuk autodebit hanya mengambil masa dalam 3 hari setelah menandatangani perjanjian.

5. Dan dalam waktu yang amat singkat ( kurang daripada setahun kehadiran Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru ) setelah pelbagai pemantapan operasi telah dilakukan dan pasti serta tidak dinafikan masih terdapat sedikit kekurangan ini yang kadang kala ianya sedikit sebanyak mengganggu urusan dan proses kelulusan pembiayaan TEKUN.

6. Kami sentiasa berusaha untuk memantapkan operasi sedia ada dengan kakitangan sedia ada dan dengan permohonan yang amat-amat luarbiasa.

7. Hal ini kerana, kami melihat setelah pelbagai usaha dan strategi yang dilakukan ini ianya telah memberikan satu respon yang amat-amat baik daripada pelanggan kami terhadap apa yang kami sedang dan akan lakukan.

8. Dan oleh yang demikianlah, pelbagai ragam dan rencam; komen, pandangan, ulasan, kata-kata pujian dan kejian serta apa sahaja sering berkumandangan diseluruh pelusuk negara ini tentang TEKUN Nasional.

9. Kami beiltizam dan bersungguh-sungguh sentiasa berusaha memantapkan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi ini agar bangsa kami dapat mengamalkan budaya keusahawanan kepada masyarakatnya dan anak bangsanya sendiri di bumi bertuah ini.

10. Kami memohon segala kekurangan dan kesulitan pelanggan yang berurusan dengan pihak kami.

Salam takzim & ikhlas daripada

MOHD FUAD YAHAYA
mewakili TEKUN Nasional