Jul 30, 2009

AFYA SUP STATION


NANTIKAN KEMUNCULAN AFYA SUP STATION DI GIANT HYPERMARKET PUTRA HEIGHTS PADA AWAL BULAN OGOS 2009. RASAILAH KENIKMATAN RASA SUP ASLI SEBANAR!

Jul 9, 2009

PENGUMUMAN : URL BLOG INI TERPAKSA DITUKAR


1. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA SAHABAT BPN KERANA TERPAKSA MENGGUGURKAN PENGGUNAAN NAMA PARIMBUNIS DI DALAM SEMUA AKTIVITI BLOG DAN WEBSITE. ( DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN NAMA PERSATUAN KELUARGA DAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM ).
2. DIPOHON AGAR RAKAN-RAKAN SEMUA DAPAT MENGAMBIL MAKLUM TENTANG PERKARA INI DAN BOLEHLAH TAMBAH KEMBALI URL SAYA KEPADA http://hatisatu.blogspot.com DENGAN MENGGUNAKAN NAMA BARU SATU HATI BERKUATKUASA SERTA MERTA.
3. SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH RAKAN-RAKAN BPN DAN PENGUNJUNG BLOG INI ADALAH AMAT DIKESALI.
SEKIAN. TERIMA KASIH.
IKHLAS,
MOHD FUAD YAHAYA
http://hatisatu.blogspot.com

May 16, 2009

Umno perlu ubati hati orang Melayu


Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih.
Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A Kadir Jasin berkata jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar.
"Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita," katanya yang juga seorang blogger terkenal.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Umno bertajuk "Trend Pilihan Raya Kecil" yang dipengerusikan oleh Datuk Shahaniza Shamsuddin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi, lapor Bernama.
Ahli panel lain ialah ahli akademik dan juga penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.
Mengenai piliharaya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Kadir berkata BN perlu meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada 31 Mei depan.
"Segala cakap-cakap mengenai Umno tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap Umno dan merosakkan kedudukan Umno... jadi pilihanraya kecil atau besar, Umno kena juga bertanding," katanya.
Prof Zainal pula berkata kepimpinan Umno di semua peringkat perlu berani mempertahankan ideologinya sendiri dan berani menepis segala dakyah pembangkang melalui media arus perdana dan juga media alternatif.
"Bertahun lamanya pembangkang menuduh bahawa sebarang kegiatan yang membina dan membela Melayu itu sebagai "racism", tetapi tidak ada seorang pun di antara orang Umno yang berani menjawab tuduhan itu.
"Umno juga perlu menguasai ilmu komunikasi kerana setiap saat pembangkang akan menghentam kita di dalam semua saluran, dan akhirnya Umno jadi "defensive".
"Sebab itu corak politik yang terlalu "ethical" yang dipraktikkan Umno sudah tidak relevan lagi sekarang," katanya.
Petikan : MALAYSIAKINI
KOMEN SATU HATI:
1. Apa jua usaha yang hendak dilakukan oleh UMNO/BN hendaklah berteraskan kepada niat kerana ALLAH TAALA.
2. Biarlah usaha yang dilakukan ini meliputi seluruh umat manusia di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.
3. Sebagai pemimpin dan pemerintah negara ini, tugas dan peranan utama yang tidak harus dilupakan oleh pemimpin UMNO/BN adalah bagaimana ingin mengambil hati ke semua umat manusia di negara ini.
4. Jangan pandai berpolitik dan berjanji bermacam-macam tanpa mengihiraukan sensitiviti seluruh umat negara ini.
Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

May 13, 2009

PENGUMUMAN : URL BLOG INI TERPAKSA DITUKAR

1. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA SAHABAT BPN KERANA TERPAKSA MENGGUGURKAN PENGGUNAAN NAMA PARIMBUNIS DI DALAM SEMUA AKTIVITI BLOG DAN WEBSITE. ( DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN NAMA PERSATUAN KELUARGA DAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM ).
2. DIPOHON AGAR RAKAN-RAKAN SEMUA DAPAT MENGAMBIL MAKLUM TENTANG PERKARA INI DAN BOLEHLAH TAMBAH KEMBALI URL SAYA KEPADA http://hatisatu.blogspot.com DENGAN MENGGUNAKAN NAMA BARU SATU HATI BERKUATKUASA SERTA MERTA.
3. SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH RAKAN-RAKAN BPN DAN PENGUNJUNG BLOG INI ADALAH AMAT DIKESALI.
SEKIAN. TERIMA KASIH.
IKHLAS,
MOHD FUAD YAHAYA
http://hatisatu.blogspot.com

May 5, 2009

Perjuangan PAS, dulu dan hari ini !


Saya mendapat kiriman email dan kebanyakannya saya perolehi dari Yahoo Groups. Sudah hampir 24 ribu email yang masuk dan saya tidak sempat membaca kesemua email yang mengandungi butiran perbincangan ahli Yahoo Groups tersebut. Memandangkan ada nilai 'wow' dalam artikel di bawah maka saya salin kembali. Mana tahu ia dapat membuka satu dimensi baru untuk anda yang setia datang menjenguk blog tidak seberapa ini... Selamat membaca !

1. Parti Islam SeMalaysia (Pas) atau nama asalnya Persatuan Islam SeMalaya telah ditubuhkan di rumah ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga merangkap MudirMadrasah ad-Daeratul Maarif Wathaniyah iaitu Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim yang telah menjadikan kediamannya sebagai tempat persidangan para ulamak dan ekoran darinya maka tertubuhnya Pas pada hari tersebut iaitu 24 November, 1951.

2. Namun begitu, PAS hanya didaftar secara rasminya pada 31 Mei, 1955. Pada 30 November 1963 nama Parti Islam SeMalaysia telah ditukarkan kepada Persatuan Islam SeTanah Melayu dan pada 21 Jun 1977 nama itu sekali lagi ditukarkan kepada Parti Islam SeMalaysia dan kekal hingga kini. Undang-undang tubuh PAS yang dibentuk pada tahun 1951 telah dipinda pada 14 Ogos 1954. Di akhir hayat Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim beliau telah meninggalkan perjuangan PAS atas alasan tertentu.

3. Dari sudut sejarah, perjuangan asal PAS adalah bertunjangkan kepada ajaran Islam dan bercita-cita menegakkan Islam di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu. Namun kepentingan bangsa Melayu Islam tetap menjadi agenda utama kepada pemimpin PAS masa itu berpendapat bahawa kewujudan Islam di Tanah Melayu adalah berpaksikan kepada kewujudan bangsa Melayu yang menganut agama Islam secara umumnya.

4. Sehingga ke era pemerintahan PAS di tahun 1970an dan 1980an, PAS masih kuat mempertahankan hukum Islam yang sebenarnya dan menggunakan kuliah agama bagi menyampaikan mesej dan kesedaran kepada pentingnya hukum Islam dalam masyarakat di Malaysia.
>
> 5. Malahan Mursyidul Am Pas Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam ceramah beliau iaitu “ PAS menentang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana dasarnya. Kalau Umno memerintah secara Islam, maka Pas haram wujud lagi dan sayalah pemimpin Pas pertama yang akan menyertai Umno”.
>
> 6. Semasa pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri banyak aspek nilai-nilai murni Islam telah diperkenalkan dalam program penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran awam telah dilaksanakan dan legasi ini disambung semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi pendekatan slogan Islam Hadhari.
>
> 7. Tetapi malangnya, pemimpin PAS tidak mahu menerima apa yang cuba diterapkan oleh pemimpin tersebut dan mengatakan kesemuanya itu adalah bukan Islam sepertimana yang ingin diperkenalkan oleh PAS sendiri. Malahan pemimpin dan penyokong PAS memperolokkan segala usaha tersebut.
>
> 8. Sebelum pilihanraya 2004, PAS merasakan agak sukar mendapat kerusi yang banyak dalam setiap pilihanraya umum yang ditandingi dan semasapilihan raya 2004 dan lebih lagi dalam pilihanraya umum Mac 2008, PAS telah membelakangkan pendekatan berpolitik dengan mengambil DAP dan PKR sebagai sekutu politik untuk menjatuhkan UMNO/BN.
>
> 9. Tindakan ini berlawanan dengan kecaman dan tohmahan mereka terhadap UMNO yang dituduh bersengkokol dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC sehinggakan PAS menghukumkan UMNO bukan Islam seperti perjuangan Islam PAS dan mengharamkan ahli mereka mengadakan sebarang hubungan dengan ahli UMNO.

10. Ketika itu, pemimpin PAS telah mempermainkan ayat Allah dan sanggup mengeluarkan kenyataan yang nyata berlawanan dengan pegangan agama umat Islam umumnya umpamanya pemimpin dan ahli PAS tidak takut mencerca, memuat tohmahan dan fitnah ahli UMNO yang beragama Islam dan sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, maka apa yang diucap dan diungkap akan disambut dengan takbir oleh para penyokong.

11. Pemimpin PAS juga menolak ketentuan Allah sekiranya mereka kalah dengan mengatakan kekalahan tersebut adalah sebab UMNO menggunakan pengundi hantu. Pemimpin PAS juga menyamakan manusia dengan Allah dimana menyatakan Allah juga mencarut dan boleh berkerjasama dengan syaitan. Dan yang paling terbaru nama Allah boleh digunakan oleh agama lain dan orang bukan Islam boleh menggunakan ayat al quraan untuk tujuan kempen politik.

12. Mengapakah perubahan ini berlaku dalam PAS yang suatu masa dahulu adalah menjadi satu alternative kepada pengundi Melayu?

13. Perubahan ketara ini berlaku disebabkan kepimpinan PAS kini telah lari dari keimanan yang sebenarnya kepada Allah.

14. Perjuangan PAS tidak lagi ikhlas kepada perjuangan mendekati diri kepada keredhaan Allah.

15. Pemimpin yang ada dalam barisan kepimpinan PAS kini kebanyakannya mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka ini bukannya pemimpin yang berlatar belakangkan roh islam yang sebenarnya. Sebagaimana kata Nik Abduh (anak Nik Aziz) iaitu ramai pemimpin islam sekarang adalah ulama mi-celup.

16. Sekiranya pemimpin yang sedia ada bukan terdiri daripada ulama yang takut dan redha kepada ketentuan Allah maka apakah yang diharapkan dari penyokong mereka yang rata-ratanya daif dalam hal ehwal Islam yang sebenarnya.

17. Apakah yang akan berlaku perpaduan umat Melayu Islam sekiranya perkara ini berkembang tanpa sebarang pembetulan?

18. Nantikanlah pembalasan Allah kepada mereka yang memperdagangkan agama dengan harga yang amat murah semata-mata untuk mendapat sedikit keuntungan di dunia ini.

Salam

Posted by Tungaklangit ( melalui Yahoo Groups )

May 2, 2009

PENDEDAHAN KECEWA PENYOKONG KUAT PAS DI FRIENDSTER

http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=146802934&uid=49823352

Subject: ULAMA' MEE CELUP DALAM PAS..pengkhianatan terhadap bangsa melayu selama 11 tahun

Message:

Sudah lama org Islam di Malaysia ini telah berpecah-belah ekoran persaingan dlm politik kepartian antara PAS dan UMNO serta PKR. Melayu islam hidup berpuak2 mengikut ideologi politik. Menggunakan tempat ibadat masjid dan surau dijadikan markas untuk menyerang sesama islam secara terang2 tanpa segan dan insaf Semuanya bermula dari. ketaksuban pemimpin2 parti menambah burukkan lagi suasana hubungan persaudaraan sesama Islam. Umno yg berkuasa seolah tidak mampu membetulkan lagi situasi ini yg terus berlaku di kalangan umat Islam dan UMNO terus dipersalahkan.

Sebelum ini sudahpun kedengaran golongan pro DSAI di dalam PAS sehingga mewujudkan ketidak serasian dan kestabilan antara gol profesional dan ulama' di dalam PAS.Namun ianya di sangkal habis-habisan oleh PAS. Gol. pro DSAI ini di gelar sbg endorgan dan di katakan gol. inilah yg menghalang usaha2 muzakarah antara PAS dan UMNO selama ini.Hanya kerana demi dendam politik DSAI.

Kalau sebelum ini tiada siapa yg dapat menyatakan kebenarannya dgn kekuasaan Allah SWT membuka hati Nik Abduh utk menyatakan kebenaranya. Kumpulan inilah juga yg menjadi duri dlm daging dlm usaha baik Umno dengan Pas selama ini. Menurut Nik Abduh kumpulan ini selalu berdampingan dgn Nik Aziz. Kerana kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan bukan setakat memakan umpannya sahaja, sekarang dengan mata2 kailnya sekali Nik Aziz telan.

Inilah yg menyebabkan barangkali Nik Abduh rasa terpanggil utk memberi penjelasan perkara2 yg sebenar berlaku keatas ayahndanya selama ini. Sehinggakan Nik Abduh memberi gelaran baru kepada kumpulan ini sebagai "Ulama Mee celup" sesat dan menyesatkan... Siapa yang dapat mengaggak keberanian yg Nik Abduh ucapkan itu? sekarang dalam kepimpinan Pas Kelantan tiada siapa yg berani menyangkal penjelasan beliau itu, termasuklah naib presiden Pas pemimpin no wahid sesuci kain putih rakan serasi DSAI, Hussam Musa sendiri!.

Maka tidak perlu hairanlah mengapa PAS sejak menyertai PR ini lain benar fi'ilnya. Dari isu ternakan babi, isu penggunaan kalimah Allah di dlm bible sehinggalah penggunaan ayat suci al quran oleh non muslim di atas pentas politik. Semuanya mengecewakan. Hari ini PAs bukan lagi jaguh dan juara dlm membicarakan isu agama. Soal hudud dan negara islam senyap seketika bahkan mungkin akan terus senyap.

Apakah PAS yakin mampu membentuk negara Islam jika PR menguasai pusat??

TIDAK!!Terlalu awal utk PAS bermimpi. Seandainya PR menang, jawatan PM akan di peruntukkan utk DSAI krn dia adalah ketua pembangkang, jawatan TPM 1 mungkin akan di tuntuk oleh kaum cina buddha dan jawatan TPM 2 pula oleh india hindu maka di mana kedudukan Hadi Awang?? cukupkah sekadar menteri di jabatan perdana menteri memegang portfolio agama??

Umum sedia maklum dasar pemikiran islam DSAI tidak ada bezanya dengan Najib Abdullah dan Mahathir bahkan DSAI sebenarnya lebih teruk dari PM yg sebelumnya. Hanya ingin meraih sokongan ahli parlimen sabah dan sarawak maka di jual olehnya penggunaan kalimah Allah utk bible.

Manusia yg dengan lidahnya dia menipu bangsa melayu selama berbelas tahun dan dengan lidahnya dia memfitnah Tun Mahathir dan dengan lidahnya hari ini jugalah dia mampu meranapkan institusi Dewan ulama' PAS.

Apabila menyebut muzakarah dan bersatu, PAS takut benar di khianati UMNO sekali lg tapi bagaimana dgn DSAI??kehidupan DSAI juga byk dipenuhi pengkhianatan.Lihat sahaja bagaimana beliau dgn mudah meninggalkan ABIM utk masuk UMNO pada 1982. Perbuatan beliau masuk Umno mengejutkan pemimpin2 kanan ABIM seperti Nakhaei Haji Ahmad , Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Yahya Othman yg mana tokoh2 ini merupakan tulang belakang PAS.

DSAI juga pernah cuba mengkhianati Tun Mahathir namun ianya awal2 lagi sudah di hidu oleh Tun dan faktor inilah yg menyebabkan dirinya di buang dari kabinet dan UMNO.

KOMEN PARIMBUNIS

1. Baru orang dan penyokong kuat PAS buka mata dengan pendedahan ini. Sebelum ini mereka masih belum tersedar dari mimpi.

2. Pembohongan dan pendustaan yang nyata yang dilakukan oleh DSAI adalah semata-mata untuk mencapai cita-citanya bagi menjawat jawatan sebagai PM!itu saja! selepas itu, abih semua dasar dan perjuangan demi memartabatkan bangsa Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan oleh nya.

3. Maka, marilah beriltizam untuk tidak menyokong kepada parti PKR= kerana parti tersebut adalah sebuah parti yang jelas membohongi rakyat dan ianya adalah satu parti yang paling kotor dan jijik!

4. Besar harapan semua pihak ingin melihat Parti PAS + UMNO bersatu demi perjuangan memartabatkan dan mengukuhkan perpaduan bangsa Melayu!Demi perjuangan ini, adalah amat wajar KEPEMIMPINAN ULAMA PAS menerajui Parti tersebut!bukan puak Endorgan!

5. Bukalah mata wahai penyokong PR! kamu semua tertipu dengan helah besar daripada DSAI!beliau jugalah yang meliwat Saudara Saiful! kalau beliau berani bersumpah kepada Allah yang beliau bukanlah peliwat kepada Saudara Saiful baru satu Malaysia ini akan menyokong beliau...tetapi...apa beliau berani melakukannya!beliau jugalah yang menjadi penyokong US+YAHUDI! beliau lah pendusta besar di negara ini!jangan sokong PKR!PARTI KELENTONG RAKYAT!

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Apr 28, 2009

SURAT MAKLUM BALAS TEKUN NASIONAL ATAS KELEWATAN PROSES KELULUSAN PEMBIAYAAN

TEKUN / KPE / 10 / 02 ( 50 )

27 April 2009


Pengarang ( Ruangan Forum )

Utusan Malaysia, 46 M Jalan Lima

melalui Jalan Chan Sow Lin

55200 KUALA LUMPUR

No. Fax : 03-9222 7876


Saudara,


PER : ADUAN ENCIK NOR HODA BIN HAJI TARSEH MENERUSI RUANGAN FORUM UTUSAN MALAYSIA PADA 23 APRIL 2009.


Dengan hormatnya merujuk perkara tersebut di atas, bersama-sama ini disertakan jawapan kepada aduan tersebut dari pihak TEKUN Nasional.


Dengan hormat dan takzimnya, pihak TEKUN Nasional ingin memberikan jawapan kepada aduan yang dikemukakan oleh Sdra. Nor Hoda bin Haji Tarseh dari Puchong, Selangor yang disiarkan dalam ruangan ini pada 23 April 2009.


Terlebih dahulu, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, saya ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh Sdra Nor Hoda atas kelewatan mendapatkan pembiayaan pinjaman dari TEKUN Nasional sepertimana yang diadukan.


Untuk makluman saudara dan semua pemohon yang telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman dari pihak TEKUN Nasional masakini, terdapat kelewatan dalam urusan memproses permohonan tersebut disebabkan oleh jumlah permohonan pinjaman yang diterima oleh TEKUN Nasional mulai awal tahun ini adalah diluar jangkaan. Dalam tempoh tiga bulan pertama sahaja tahun 2009 ini, pihak TEKUN Nasional telah meluluskan dan mengeluarkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM 162 juta kepada 14,391 orang usahawan. Dalam masa yang sama juga, sehingga 15 April 2009, TEKUN Nasional sedang memproses permohonan pembiayaan pinjaman dari 8,904 orang pemohon dengan nilai permohonan sebanyak RM 221 juta. Untuk makluman semua pihak, pembiayaan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh TEKUN Nasional pada tahun 2008 adalah berjumlah RM 358 juta berbanding dengan pembiayaan yang dikeluarkan pada tahun 2007 adalah hanya RM 127 juta.


Pada tahun ini jumlah permohonan pembiayaan dijangka akan terus meningkat disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang mendorong ramai rakyat negara ini menceburi bidang usaha niaga bagi menjana pendapatan mereka lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang diberhentikan kerja. Oleh yang demikian TEKUN Nasional telah menjadi institusi tumpuan bagi mendapatkan pembiayaan pinjaman perniagaan.


Disamping itu, dalam kesempatan ini juga, saya ingin merayu kepada para peminjam dan usahawan TEKUN yang sediada, supaya dapat membuat bayaran balik pinjaman mereka sepertimana yang dijanjikan, oleh kerana wang bayaran balik tersebut yang diterima oleh TEKUN Nasional akan disalurkan pula kepada pemohon-pemohon yang baru. Sekiranya bayaran balik ini lambat diterima oleh TEKUN Nasional, maka ianya juga akan menyebabkan kelewatan menyalurkan pembiayaan pinjaman kepada pemohon-pemohon yang baru yang memerlukan.


Adalah juga dimaklumkan, sekiranya para usahawan TEKUN menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka disebabkan oleh kegawatan ekonomi, maka mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai TEKUN di Pejabat-pejabat TEKUN yang mereka berurusan diseluruh negara untuk menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman mereka.

Sehubungan dengan ini juga, TEKUN Nasional ingin memaklumkan bahawa semua permohonan yang diterima oleh Pejabat TEKUN diseluruh negara akan diproses dan diberi pertimbangan yang sewajarnya secepat yang mungkin.


Berbalik kepada aduan Sdra Nor Hoda, saya sendiri telah menghubungi beliau untuk memohon maaf dan berjanji untuk mengatasi kesulitan yang dihadapinya dengan segera. Sekiranya saudara dan saudari mempunyai sebarang masalah dan kesulitan berhubung dengan permohonan pembiayaan dengan TEKUN Nasional harap dapat hubungi Unit Pengaduan Awam di bawah Jabatan Pemantauan dan Tugas-Tugas Khas TEKUN Nasional ditalian 03-90588550 atau e-mail terus kepada Encik Mohd Yusri Mohd Yusob, Ketua Jabatan berkenaan menerusi : yusri@tekun.gov.my


Bagi pihak TEKUN Nasional, saya juga ingin memohon maaf kepada semua pemohon yang terlewat mendapatkan pembiayaan pinjaman mereka. Insya Allah, saya dan warga kerja TEKUN Nasional diseluruh negara akan mempertingkatkan lagi kecekapan kami dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi Sistem Penyampaian TEKUN Nasional selaras dengan amalan penambahbaikan berterusan TEKUN Nasional. Kami juga komited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Insya Allah.


Sekian, Untuk makluman. Terima Kasih.


DATUK ABDUL RAHIM BIN HASSAN

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif

TEKUN Nasional.



KOMEN PARIMBUNIS :


1. Kepada peminjam TEKUN Nasional, saya juga merayu sebagaimana seorang CEO/MD merayu kepada masyarakat Melayu / Bumiputera yang beragama Islam untuk membuat kembali bayaran balik atas pinjaman yang telah dipinjam.


2. Kesian kepada usahawan lain yang amat memerlukan pembiayaan TEKUN. Kalau duit tak dak macam mana nak bantu usahawan itu.


3. Kerjasama semua pihak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh TEKUN adalah amat dihargai dan sudah pastilah usahawan yang mendapat pembiayaan itu dapat meneruskan survival ekonomi bagi menyara keluarga masing-masing dengan rezeki yang halal.

Apr 23, 2009

Gobind saman Speaker Dewan Rakyat, kerajaan Malaysia

PETIKAN UTUSAN ONLINE
23/04/2009 3:32pm

KUALA LUMPUR 23 April – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat kerana menggantung beliau daripada menghadiri persidangan selama setahun.

Beliau turut menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. - Utusan

KOMEN PARIMBUNIS:

1. Kalau setakat saman nak tunjukkan dia tu Peguam yang bagus tak payah buat la!pasti kebenaran menjelma..bukan dia betul sangat pun..!kalau dia betul takkan la Tuan Speker nak jatuhkan hukuman pada dia..dia tuh mulut celupar!kalau mulut baik dan bersopan di dalam Dewan Rakyat pasti tidak kena hukuman tu.

2. Kenapa perlu saman?sudah lah..ini semua mainan politik murahan DAP..nak meraih sokongan bukan Melayu...yang disamannya adalah semuanya orang Melayu dan ini salah satu isu murahan yang akan digunakan untuk meraih sokongan rakyat di dalam DUN Penanti.

3. Apa pasal sebelum ini dia ada jugak kena gantung daripada Dewan Rakyat tak nak saman Speker Dewan. Sekarang dah kena 1 tahun baru nak saman Speker Dewan Rakyat! Ape kejadah ni semua! Politik murahan DAP!

Apr 20, 2009

Peringatan Sultan Azlan

petikan UTUSAN MALAYSIA


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika menyampaikan titah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. – BERNAMA


KUALA KANGSAR 19 April – Tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam.’

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Titah baginda, seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang- undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-81 di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kerabat-kerabat di raja yang lain. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pada hemat baginda, rakyat negara ini terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Justeru titah Sultan Perak, para pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Baginda mengakui hakikat sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara sememangnya berlaku kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir di negara ini.

Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.

“Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

“Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,” titah baginda.

Sultan Azlan turut mahu tafsiran bahawa raja berperlembagaan adalah raja sekadar lambang tanpa sebarang kuasa diperbetulkan segera.

“Raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

“Perlu ditegaskan bahawa raja berperlembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan serta hak untuk memberi peringatan dan teguran,” titah baginda.

Tegas baginda, peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan.

Raja pemerintah, titah baginda, mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara agar sentiasa dilindungi.

Justeru, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kata Sultan Azlan Shah, raja-raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum- kaum lain.


Komen,

1. PARIMBUNIS cukup kagum dan respek kepada Baginda DYMM Sultan Perak atas kearifan dan kematangan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Baginda DYMM Sultan.

2. Baginda langsung tidak mempunyai perasaan ingin membalas dendam terhadap manusia yang membuat kecoh di negari jajahan DYMM Baginda Sultan tempoh hari. Sempat memberikan nasihat lagi tuh!

3. Penyokong PR=PAS+PKR+DAP harus respek baginda Sultan yang langsung tidak ingin mengenakan tindakan tegas kepada mereka. Kalau ikutkan fikiran manusia yang jahil ilmu pengetahuan di dada (mcm aku ni) pastilah kita akan memastikan siapa yang cuba melawan pasti akan mendapat balasan. Tetapi inilah yang dikatakan kebijaksanaan DYMM Sultan Perak. Cukup berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Tidak sama dengan pemimpin dan penyokong fanatik PR yang langsung tak beradap berguling di atas jalan dan memaki hamun DYMM Sultan Perak.

4. Kalau aku la penyokong pembangkang di Perak pasti akan berasa malu akan tindakan penyokong fanatik PR ini. Macam mana pulak dengan mereka yang menyokong PR di Perak?Tak terasa kah anda dengan "point" ucapan Baginda DYMM Sultan Perak semalam.!

Apr 17, 2009

Edisi Khas : Resolusi BPN Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang


1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.


Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini ):


Apr 16, 2009

JAWAPAN KE MANA AGENSI MECD DAN PERANANNYA?

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI


Penyerapan Fungsi-Fungsi Dan Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi


Adalah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut:

(1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(3) Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(4) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;

(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;

(6) Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;

(7) Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

(8) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan

(9) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

2. Penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi di atas akan terus memastikan peranan-peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum ini, khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera, memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.


Pejabat Perdana Menteri
15 April 2009

Apr 15, 2009

BANGKITLAH MELAYU

petikan akhbar Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.

‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi UMNO kena fokus orang Melayu. Jadi UMNO tak perlu takut kerana saya lihat bila UMNO itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan mengenai situasi politik semasa yang menyaksikan kedudukan politik Melayu seakan terancam dengan tuntutan bukan Melayu pada masa kini.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, parti pemerintah ketika ini tidak boleh merasa bimbang untuk membuat apa sahaja keputusan yang dilihat perlu untuk membantu orang Melayu.

“UMNO kalau kita tengok Fasal 3 perlembagaannya ialah memperjuangkan hak Melayu.

“Pada masa sama orang Melayu pun kenalah sedar, asyik bercakaran sesama sendiri, tak untung Melayu sedangkan kita main politik untuk apa kalau tidak untuk membela Melayu.

“Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” jelasnya.

Pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, dalam soal wakil Kabinet misalnya, semua pihak harus menerima pilihan Perdana Menteri kerana ia bidang kuasa beliau.

“Saya fikir kalau dilayan, Najib tak akan ada kerja lain.

“Apa pun ini akan mengajar UMNO supaya terus kuat. Bila kuat, orang segan, kalau lemah orang kucar kacirkan,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, hak orang Melayu tidak harus dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kaum.

“Biar wujud situasi menang-menang. Kita tidak boleh biar sebelah pihak sahaja menang. Kalau kita nak penuhi apa yang mereka nak, jangan pula kita lepaskan apa yang jadi hak kita,’’ katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, walaupun kerajaan mahu menekankan konsep Satu Malaysia yang menyatukan rakyat pelbagai kaum, langkah juga perlu dilakukan bagi mengembalikan keharmonian di kalangan orang Melayu sendiri.

“Dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan banyak cabaran semasa dan kita perlu mencari cara untuk memastikan kaum itu tidak berpecah-belah,” katanya.

Katanya, UMNO dan Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi untuk bekerjasama dalam memajukan orang Melayu.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang sependapat dengan GPMS berkata, cadangan yang baik seperti itu perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, kerjasama antara dua parti politik itu bukan sahaja akan memberi faedah kepada orang Melayu sahaja tetapi juga kaum lain.

Tambahnya, penyatuan UMNO dan Pas perlu menjadi batu loncatan untuk mengeratkan semua rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sememangnya usaha ke arah itu akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya kita tidak hanya bercakap atau mencadangkan sahaja,’’ tambahnya.

Apr 14, 2009

MANA MeCD?

1. Ramai sungguh sahabat bertanyakan kepada saya berkaitan dengan pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MeCD ) setelah pengumuman YAB Perdana Menteri minggu lepas.

2. Pasti anda juga tertanya-tanya bagaimana satu kementerian yang mempunyai peranan besar dalam pembangunan keusahawanan dan pembentukan masyarakat yang celik ilmu keusahawanan boleh di mansuhkan / dihapuskan kewujudannya? macam mana perjuangan untuk melahirkan usahawan cemerlang hendak diwujudkan kalau satu kementerian khusus kepada mereka ini tidak diwujudkan?kenapa perlu agensi MeCD ini dipecahkan?apa rasionalnya? - itulah antara suara yang saya dengar tentang pemansuhan MeCD.

3. Apa pula pandangan sahabat pengunjung blog ini?

4. Pada saya kita harus meneruskan perjuangan untuk memastikan usahawan kecil, peniaga & penjaja kecil Melayu /Bumiputera diberikan perhatian khusus agar matlamat untuk melahirkan usahawan cemerlang dapat direalisasikan.

5. Saya melihat ada beberapa rasional kenapa YAB Perdana Menteri ingin mencantumkan Agensi di bawah MeCD ke kementerian-kementerian lain agar ianya tidak melaksanakan penindihan tugas agensi MeCD sebelum ini. Tetapi ianya harus di kaji balik apakah kewajaran dan kemestian pemansuhan MeCD? Bagaimana nanti suatu hari di masa akan datang diwujudkan kembali MeCD yang kebanyakannya bertumpukan kepada usaha membangunkan dan melahirkan usahawan Bumiputera? Apa pula kata golongan Bukan Bumiputera? Mesti ada orang yang akan rasa tidak puas hati? Betul tak?

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Apr 9, 2009

SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak

Perdana Menteri


YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri



JABATAN PERDANA MENTERI


Menteri


Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon

- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

- Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen


Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

- Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi


Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom

- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Agama Islam


Timbalan –Timbalan Menteri


Datuk Liew Vui Keong

Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)

Datuk S K Devamany

Encik Ahmad Maslan

Encik T. Murugiah (Senator)



KEMENTERIAN KEWANGAN


Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan

Timbalan : Datuk Chor Chee Heung

Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)



KEMENTERIAN PELAJARAN


Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong

Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi



KEMENTERIAN PENGANGKUTAN


Menteri : Datuk Ong Tee Keat

Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri

Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew



KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI


Menteri : Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin



KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop

Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat



KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN

KEBUDAYAAN


Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim

Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)



KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR


Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan : Puan Noriah Kasnon



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan : Datuk Hassan Malek

Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun



KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung

Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah



KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


Menteri : Datuk Mustapa Mohamad

Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir

Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan : Encik Fadillah Yusof



KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR


Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup



KEMENTERIAN PELANCONGAN


Menteri : Datuk Ng Yen Yen

Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib



KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Menteri : Datuk Noh Omar

Timbalan : Datuk Johari Baharum

Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim



KEMENTERIAN PERTAHANAN


Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad



KEMENTERIAN KERJA RAYA


Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng



KEMENTERIAN KESIHATAN


Menteri : Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shirlin



KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan : Datuk Razali Ibrahim

Timbalan : Encik Wee Jeck Seng



KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam

Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)



KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN

HAL EHWAL PENGGUNA


Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe



KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


Menteri : Datuk Kong Cho Ha

Timbalan : Datuk Lajim Ukin



KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)

Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun



KEMENTERIAN LUAR NEGERI


Menteri : Datuk Anifah Aman

Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)

Timbalan : Datuk Lee Chee Leong



KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan : Datuk M Saravanan



Bukit Gantang: Melayu Pulang Ke Pangkuan UMNO

Petikan blog YB Dato' Seri Mohamad Khir Toyo.

1. Keputusan kemenangan Pas dan PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak mengubah apa-apa status sedia ada. Ini adalah keputusan dalam pilihan raya yang lalu dan diulangi lagi dalam pilihan raya kecil kali ini.

2. Saya belum meneliti keputusan di Bukit Selambau, namun keputusan di Bukit Gantang memberi makna yang cukup signifikan kepada kepimpinan baru UMNO.

3. Ketika pengundi kaum Cina mengundi untuk Ir Mohd Nizar, pengundi Melayu di Bukit Gantang memberi isyarat yang sebaliknya.

4. Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.

5. Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.

6. Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.

7. Sokongan pengundi Melayu yang cenderung ke arah BN bersandarkan beberapa isu termasuk tindak tanduk Pas ketika memerintah Perak yang tidak digemari oleh orang Melayu serta tarikan kepimpinan baru UMNO.

8. Sokongan bukan Melayu kepada BN banyak bergantung kepada polisi-polisi kerajaan dalam masa setahun akan datang. Cuma sejauh mana darjah atau tahap kepuasan yang mereka inginkan sukar diagak memandangkan barisan campuran pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menawarkan segala-galanya.

9. UMNO sebagai sebuah parti perjuangan orang Melayu yang utuh, tidak boleh tidak, harus mencari jalan sederhana antara ekstremis Melayu dan Melayu yang liberal. Saya pernah menulis dalam blog ini betapa UMNO terperangkap dalam perpecahan falsafah orang Melayu moden sendiri.

10. Namun apakah jalan sederhana ini akan menerima sokongan pengundi bukan Melayu? Apakah yang perlu UMNO dan BN buat untuk kembali menjadi sebuah parti yang disegani?

11. Saya juga tertanya apakah UMNO bersedia mengorbankan kedudukan dan kuasa untuk perjuangan agama dan bangsa. Atau mencari jalan berkompromi, seperti menarik rambut dari tepung..., agar kuasa yang ada dapat menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

12. Kata setengah orang biar berputih tulang, asal jangan berputih mata. Bagi sebahagian orang pula biar mati meninggalkan jasa dari hidup merosak bangsa.

Saya mempunyai beberapa idea untuk dibincangkan bagi strategi parti. Namun biarlah ia menjadi perbincangan dalam parti. Bagi ruang siber seperti ini ada baiknya saya buka kepada pandangan saudara-saudari untuk membahaskannya.

Komen PARIMBUNIS.

1. Jika benar apa yang terjadi di Bukit Gantang ini jelas mencerminkan Umat Melayu kini telah buka mata dan jelas perjuangan UMNO terhadap masyarat Melayu di negara ini masih relevan. Aku masih tak faham kenapa blogger Pro-Pembangkang begitu angkuh mengatakan UMNO tidak lagi diterima oleh orang Melayu.

2. Jika benar perjuangan PAS demi AGAMA ISLAM...! Kenapa umat Melayu Bukit Gantang menolak PAS! Ini jelas PAS tidak RELEVAN lagi kini..Cakap tak serupa bikin...Mengata dulang paku serpih...mengata orang dia yang lebih...Harapkan sokongan Cina terhadap Nizar yang telah menjadi bekas MB=DAP+PAS+PKR semasa pemerintahan kerajaan Perak sebelum ini.

3. Orang Melayu terbukti kini mula untuk kembali BERSATU....Ayuh buktikan kesepakatan kita dengan menjadikan matlamat ONE MALAYSIA...