Apr 6, 2008

PARTI MAHASISWA NEGARA DALAM POLITIK KAMPUS

Pilihanraya kampus pada tahun ini bakal menyaksikan satu pertembungan yang amat sengit. Plot drama kroni-kroni pakatan Parti Mahasiswa Negara (PMN) bakal mencetuskan satu evolosi perjuangan. Kelompok mereka ini bakal mengunakan medium kampus sebagai satu wardah sampingan untuk membawa satu idealogi yang “kuno”. Jika segala pendekatan serta perancangan mereka ini berjaya maka politik kampus pada tahun ini bakal menyaksikan banyak keputusan luar jangkaan.Kami tidak mahu thunami politik kampus belaku.


Maka sebagai satu pendekatan yang strategik,saya dengan ini mencadangkan bahawa setiap kampus /pusat pengajian tinggi dibawah KPT menubuhkan satu organisasi yang dianggotai secara bersama oleh bekas pemimpin mahasiswa. Perkara ini amat penting untuk menghubungkaitkan perjuangan pemimpin semasa agar landasan yang mereka terajui tepat berada pada landasan yang disarankan.


Saya tidak memperkecilkan krebiliti barisan kepimpinan sekarang mahupun mencampuri hal urusan mereka,Cuma dengan kehadiran satu organisasi bekas pemimpin mahasiswa disini sebagai satu medium timbang tara serta cermin kepada setiap keputusan yang melibatkan masyarakat umum serta sensetif.


Keadan sekarang ini amat getir, segala percaturan perlu lebih sistematik dan bersebab. Kita tidak mahu percaturan politik kampus “cacamarba” sekadar melepas baduk di tangga. Biarlah individu yang bakal memimpin suara mahasiswa kali ini lebih bersedia dan mempunyai karisma yang terbaik. Perkara yang lepas yang dilihat mempunyai natijah negative perlu diteladani dan mana yang baik perlulah dipertikatkan serta mana-mana ruang yang boleh penambahbaikan maka kita harus sama-sama sepakati.
Post a Comment