NILAI SENSITIVITI MASYARAKAT DUNIA KIAN MERUNCING

Blok barat kini makin lantang dengan tema “kebebasan serta keadilan”. Salah satu strategi mereka adalah menhasilkan satu suasana tegang agar persekitaran tertumpu pada agenda mereka. Bagi mereka dengan menghasilkan pelbagai polemik Karya mainan yang mempersoalkan sentiment adalah sesuatu perkara yang biasa dan ini adalah kebebasan atas tiket amalan demokrasi ala barat.


Sebenarnya mereka ini kurang arif tentang isu-isu sensitiviti. Pada pandangan saya masyarakat umpama ini boleh diketogorikan sebagai “masyarakat sampah”, dan secara sinisnya golagan umpama ini boleh sahaja terang-terang kita “lempar” tetapi jika mereka ini mempunyai kesedaran tak salah untuk kita “kitar semula” mereka. Yang penting peranan dalam kesedaran itu mendapat reaksi positif dan membolehkan masyarakat yang terkesan dapat menerima amalan mereka. Dan kita mengharapkan rakyat dunia sedar bahawa wardah politikus mereka amat licik. Mereka agan memgunakan apa sahaja bentuk tindakan bagi men‘halal’kan apa jua tindak tanduk mereka


Kepada rakan aspirasi, saya ingin berkongsi perasaan marah dan meluat terhadap permainan mereka ini. Secara tradisinya perkara umpama ini tidak akan menemukan jalan penyudah selagi mana masyarakat dunia terus berdiam tunduk pada ilusi ciptaan mereka.


Kini segala akan terjawab, namun terserahlah pada individu masing-masing untuk menterjemahkan perkara-perkara ini terutama isu dalam konteks mahupun subjek yang sensatif. Biar apa pun cara mahupun al-kaedah mana yang kita guna yang penting nilai sensitiviti sesuatu perkara perlulah dipandang serius.

Ulasan

Catatan Popular