Apr 6, 2008

Amerika dan Israel akan serang Iran bulan ini?


WASINGTON, 4 April: Badan perisikan Rusia dan akhbar Arab Saudi melaporkan, Amerika dan Israel akan menyerang infrastruktor nukleur Iran dalam masa terdekat, katanya April ini juga.

Hasrat Amerika dan Israel ini semakin terserlah dengan tambahan dua armada kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat iaitu USS Stennis dan USS Eisinhower ke Teluk Parsi merupakan tambahan kepada kekuatan empat buah armada yang sudah bersedia kini iaitu USS Kitty Hawk, Ronald Reagen, Enterprise dan kapal pengangkut berkuasa nuklear Nimitz.

Malahan operasi-operasi sulit dan khas sudah pun bermula di sempadan-sempadan dan jauh ke dalam wilayah Iran. Dilaporkan di media bahawa Israel mendapatkan kebenaran untuk jet-jet pejuangnya melintasi ruang udara negara teluk berkenaan untuk menyerang inftrastruktur nuklear Iran juga hangat diperkatakan.

Yang kini menjadi tanda tanya ialah BILAKAH TARIKH SERANGAN AKAN DILAKUKAN?

Menurut satu laporan Sabtu lepas, para komander perang Amerika telah bersedia untuk menyerang wilayah Iran mulai awal April tetapi bilakah masa sebenar serangan hendak dibuat tertakluk kepada arahan dari pemimpin politik Amerika.


(Sumber : Akhbar SIASAH)

Umno serang PAS umpama perang salib di Kelantan

GUA MUSANG, 4 April: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan cara serangan yang dibuat Umno terhadap PAS di Kelantan semacam 'perang salib' terhadap PAS.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung Luar Biasa Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati dekat sini.
"Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki-hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.
"Bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam," kata Ku Li.

Menurut Ku Li, dalam pilihan raya baru-baru ini, pengundi melihat PAS sebagai parti yang adil kepada semua kaum dan pemimpinnya tidak mengamalkan rasuah - berbeza dengan imej Umno yang dilihat mementingkan Melayu sahaja dan korup.

"Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan," katanya.

Tentang PKR pula, menurut tafsiran Ku Li, pengundi semua kaum melihat parti itu – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.
Ku Li juga berkata, Umno umpama kapal yang sudah rosak dan hendak karam sekarang ini.

Nakhodanya pula, kata beliau, sering meninggalkan kapalnya dan menyerahkan kepada anak-anak kapal untuk mengendalikannya.

(Sumber: Akhbar SIASAH)

ABIM dan JIM temui Pemimpin PAS


KUALA LUMPUR, 4 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS dalam menjalankan kegiatan belia untuk kepentingan Islam di negara ini.

Perkara ini dinyatakan rombongan Abim yang diketuai Presidennya, Yusri Muhamad dalam kunjungan hormat mereka menemui pemimpin PAS Isnin lepas.

Rombongan Abim telah menemui pimpinan PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi Isnin lepas.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyambut dan mengadakan perbincangan dengan pertubuhan belia Islam yang berpengaruh itu.

Pada sebelah petangnya, rombongan Jamaah Islah Malaysia (Jim) pula telah menemui pemimpin PAS di tempat yang sama.

Robongan Jim diketuai sendiri oleh presidennya, Zaid Kamarudin.

(sumber: Akhbar Siasah)
(Gambar: Abdul Hadi berbincang dengan Zaid sebelum mesyuarat bersama bermula.)

Satukan Melayu: Deklarasi 25 NGO sepakat tubuh Barisan Bertindak Perpaduan

oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
(sumber: www.utusan.com.my)

Sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.

Penubuhan itu adalah pelan bertindak utama Deklarasi Maulidur Rasul yang diisytiharkan dalam satu mesyuarat dihadiri wakil pertubuhan terbabit, di sini hari ini.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, bagi merealisasikan hasrat penubuhan badan bertindak itu, pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan orang Melayu dan Islam bersandarkan roh sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur atau Putrajaya.

Katanya, pada masa ini tarikh dan lokasi muktamad perhimpunan itu belum ditetapkan namun BBPM akan berusaha mengadakannya dalam tempoh sebulan.

“Sempena perhimpunan itu, kami akan mengadakan satu forum perpaduan Melayu bagi menyatupadukan semua kepimpinan Melayu dan Islam tanpa mengira pegangan politik mereka.

“Sebagai orang tengah, kami akan jemput wakil dua parti terbesar yang menaungi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu UMNO dan Pas,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Antara pertubuhan amal Melayu dan Islam yang mendukung penubuhan BBPM ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mengenai penyertaan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, beliau berkata, jemputan akan dibuat kepada para pemimpin Melayu dan Islam dalam parti itu selepas mereka mengisytiharkan komitmen terhadap perjuangan bangsa.

Osman berkata, pihaknya juga akan menjemput tokoh-tokoh Melayu dan Islam terkemuka dalam bidang akademik, ekonomi, pendidikan dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pandangan mereka.

Beliau berkata, adalah penting bagi semua orang Melayu, tanpa mengira ideologi politik diberi kesedaran mengenai apa yang akan berlaku kepada bangsa sekiranya masalah perpecahan itu tidak ditangani segera.

Katanya, perpecahan itu juga menyebabkan dasar-dasar kerajaan yang selama ini menjaga kepentingan orang Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dicabar perlaksanaannya.

‘‘Perbincangan itu akan difokuskan kepada isu apakah yang terbaik perlu dilakukan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Kita mahu menghidupkan semula jati diri Melayu yang unggul seperti era sebelum mencapai kemerdekaan dan tahun terawal selepas itu,” katanya yang menjangkakan forum itu bakal dihadiri lebih 2,000 penonton.

Ditanya mengenai kemungkinan penubuhan BBPM akan menimbulkan keresahan kaum lain, beliau berkata, perkara itu tidak perlu dikhuatiri kerana pihaknya akan turut mempertahankan hak-hak kaum lain.

Katanya, usaha memperkasa perpaduan nasional dan semangat muhibah antara kaum akan diperhebat melalui penganjuran Dialog Perpaduan Nasional dengan kerjasama NGO pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Negara ini dibentuk oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, kerana persefahaman tiga kaum inilah kita berjaya mencapai kemerdekaan.

“Apa yang kami perjuangkan ialah pembelaan hak-hak orang Melayu dan pada masa yang sama mempertahankan hak kaum lain di negara ini,” tegasnya.

Osman berkata, BBPM juga akan menggalakkan pembentukan rangkaian kumpulan bertindak perpaduan Melayu di seluruh negara bagi memastikan semua peringkat masyarakat mendapat maklumat tepat mengenainya.

Katanya, apa yang dibincangkan di peringkat atasan akan disalurkan menerusi rangkaian BBPM di peringkat negeri dan daerah.



SOKONG EKONOMI ISLAM-JADILAH PENGGUNA BIJAK-MEMBELI BELAH DI MYDIN

PETIKAN DARIPADA WEBSITE PPIM:

mydin_1.jpg


mydin_2.jpg

mydin3.jpg

mydin4.jpg

mydin_5.jpg

mydin6.jpg

BOIKOT PRODUK BELANDA

PETIKAN DARI WEBSITE PPIM:

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. -
30. -
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain


Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-

NILAI SENSITIVITI MASYARAKAT DUNIA KIAN MERUNCING

Blok barat kini makin lantang dengan tema “kebebasan serta keadilan”. Salah satu strategi mereka adalah menhasilkan satu suasana tegang agar persekitaran tertumpu pada agenda mereka. Bagi mereka dengan menghasilkan pelbagai polemik Karya mainan yang mempersoalkan sentiment adalah sesuatu perkara yang biasa dan ini adalah kebebasan atas tiket amalan demokrasi ala barat.


Sebenarnya mereka ini kurang arif tentang isu-isu sensitiviti. Pada pandangan saya masyarakat umpama ini boleh diketogorikan sebagai “masyarakat sampah”, dan secara sinisnya golagan umpama ini boleh sahaja terang-terang kita “lempar” tetapi jika mereka ini mempunyai kesedaran tak salah untuk kita “kitar semula” mereka. Yang penting peranan dalam kesedaran itu mendapat reaksi positif dan membolehkan masyarakat yang terkesan dapat menerima amalan mereka. Dan kita mengharapkan rakyat dunia sedar bahawa wardah politikus mereka amat licik. Mereka agan memgunakan apa sahaja bentuk tindakan bagi men‘halal’kan apa jua tindak tanduk mereka


Kepada rakan aspirasi, saya ingin berkongsi perasaan marah dan meluat terhadap permainan mereka ini. Secara tradisinya perkara umpama ini tidak akan menemukan jalan penyudah selagi mana masyarakat dunia terus berdiam tunduk pada ilusi ciptaan mereka.


Kini segala akan terjawab, namun terserahlah pada individu masing-masing untuk menterjemahkan perkara-perkara ini terutama isu dalam konteks mahupun subjek yang sensatif. Biar apa pun cara mahupun al-kaedah mana yang kita guna yang penting nilai sensitiviti sesuatu perkara perlulah dipandang serius.

PARTI MAHASISWA NEGARA DALAM POLITIK KAMPUS

Pilihanraya kampus pada tahun ini bakal menyaksikan satu pertembungan yang amat sengit. Plot drama kroni-kroni pakatan Parti Mahasiswa Negara (PMN) bakal mencetuskan satu evolosi perjuangan. Kelompok mereka ini bakal mengunakan medium kampus sebagai satu wardah sampingan untuk membawa satu idealogi yang “kuno”. Jika segala pendekatan serta perancangan mereka ini berjaya maka politik kampus pada tahun ini bakal menyaksikan banyak keputusan luar jangkaan.Kami tidak mahu thunami politik kampus belaku.


Maka sebagai satu pendekatan yang strategik,saya dengan ini mencadangkan bahawa setiap kampus /pusat pengajian tinggi dibawah KPT menubuhkan satu organisasi yang dianggotai secara bersama oleh bekas pemimpin mahasiswa. Perkara ini amat penting untuk menghubungkaitkan perjuangan pemimpin semasa agar landasan yang mereka terajui tepat berada pada landasan yang disarankan.


Saya tidak memperkecilkan krebiliti barisan kepimpinan sekarang mahupun mencampuri hal urusan mereka,Cuma dengan kehadiran satu organisasi bekas pemimpin mahasiswa disini sebagai satu medium timbang tara serta cermin kepada setiap keputusan yang melibatkan masyarakat umum serta sensetif.


Keadan sekarang ini amat getir, segala percaturan perlu lebih sistematik dan bersebab. Kita tidak mahu percaturan politik kampus “cacamarba” sekadar melepas baduk di tangga. Biarlah individu yang bakal memimpin suara mahasiswa kali ini lebih bersedia dan mempunyai karisma yang terbaik. Perkara yang lepas yang dilihat mempunyai natijah negative perlu diteladani dan mana yang baik perlulah dipertikatkan serta mana-mana ruang yang boleh penambahbaikan maka kita harus sama-sama sepakati.

SIAPA PALING LAYAK JADI KETUA WANITA UMNO

setelah selesai satu isu besar berkenaan dengan kepimpinan Pemuda UMNO, kini isu hangat pula diutarakan oleh media utama negara ini iaitu kepimpinan Wanita UMNO.

siapa yang layak? aku ka? shahrizat? azalina?
atau kekal kepada rafidah?

DI MANA ADIK SHARLINIE

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA SUPAYA ADIK SHARLINIE DAPAT DIKEMBALIKAN KEPADA IBU BAPANYA.

MENGEMBALIKAN KEKUASAAN ORANG MELAYU DENGAN UMNO

Memandangkan hamba adalah sorang orang Melayu berketurunan Bugis, hamba terpanggil tuk komen skit berdasarkan surat yang telah di scan itu yang dipetik dari web umno-reform.

Aku menyokong segala usaha untuk mengekalkan kekuasaan orang Melayu terhadap negara kita ini. Kita harus menyucikan diri kita ini dengan tidak ada skit pun perasaan curiga terhadap kepemimpinan orang Melayu. Kalau ada sikit salah kita harus menyatakannya dengan penuh keintelektualan nye. Kalau ada betul apa yang dibuat untuk mengekalkan keharmonian penduduk di negara ini maka kita haruslah menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Untuk itulah, aku merasakan adalah amat wajar kita bersama bersatu menyokong segala usaha untuk mengekalkan kedaulatan negara kita ini dibawah kepemimpinan orang Melayu.

ADUAN CADANGAN/TEGURAN PERMASALAHAN DI IPT

klik http://www.adusiswa.mypenggerak.org/ untuk melaporkan sebarang ketidakpuasan dan permasalahan warga IPT kepada pihak KPT.

sekarang tibalah masanya semua warga IPT untuk mengemukakan cadangan / teguran permasalahan di IPT mengikut saluran terus kepada KPT

aku rasa ini merupakan salah satu cara KPT untuk mendengar permasalahan dan apa sahaja komen warga IPT.

diharapkan dengan pelaksanaan website aduan sebegini warga IPT dapat menyalurkan segala permasalahan mereka kepada pihak yang berwajib dengan lebih sistematik dan tersusun.

Tahniah Kepada Menteri KPT

PETIKAN DARIPADA PETI AIS BURUK:


Gua rasa wajar untuk gua tabik kepada Dato' Seri Mohamad Khaled bin Nordin kerana beliau dengan beraninya cuba mengkaji semula AUKU. Bagi peti ais buruk AUKU telah lama menjadi barah yang menjadikan para mahasiswa makin lesu. Tahniah Dato' Seri.


Peti Ais Buruk : Sepatutnya ramai lagi pak menteri ikut contoh mcm Dato' Seri. Kerja bersungguh-sungguh, kurangkan bercakap dan mengutuk orang lain. Untung orang pasir gudang ada ahli parlimen macam Dato' Seri.

Asal Usul Keturunan PARIMBUNIS

Sejarah ringkas KETURUNAN PARIMBUNIS..

Pada akhir tahun 1875, 2 pemuda telah meninggalkan Pulau Penyengat di Riau dengan perahu layar menuju ke utara. mereka tiba di Sungai Balang dekat Batu Pahat pada waktu subuh. Seorang daripadanya telah turun ke darat untuk memulakan kehidupan baru di Sungai Balang. Pemuda tersebut menamakan dirinya Pajar, kerana ketika beliau tiba di Sungai Balang, Fajar sedang menyinsing. Yang seorang lagi telah meneruskan perjalanan dengan menyusur pantai. Apabila tiba di kawasan berhampiran dengan Merlimau, hari telah mula gelap. Maka beliau memutuskan untuk mendarat dan seterusnya memulakan 1 perkampungan yang sekarang dikenali sebagai Kampung Jerimbun. Beliau telah menamakan dirinya Rimbun kerana ketika beliau mendapat, beliau telah menggunakan sebagai panduan rimbunan pokok-pokok bakau yang beliau nampak di tebing sungai.

Beberapa tahun kemudian, Rimbun telah pergi mengambil adik-adik beliau yang masih kecil, Ismail dan Pipah di Riau untuk tinggal bersama beliau di Merlimau. Apabila Ismail dewasa, beliau telah pergi ke Padang untuk bekerja dan kemudiannya membuka kebun di Kampung Parit Sakai Laut, Muar. Pipah telah berkahwin dengan orang tempatan dan tinggal di Kampung Sempang Pantai, Merlimau.

Rimbun dan Pajar telah bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa akan identiti beliau dan ibu bapa mereka tetapi dari cebisan cerita keluarga yang dipadankan dengan sejarah Riau sepertimana yang terdapat dalam buku Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji, adalah dipercayai bahawa Rimbun empat beradik ialah Raja Ali Bin Raja Jaafar Yamtuan Muda Riau Kelapan dan Raja Chik bin Daeng Abdulah Rahman..

Waallahhualam...